Sunday, 28 February 2010

فوزا عظيما : kemenangan yang besar

Bismillahirrahmanirrahim
Ada sesuatu yang sangat ingin kukongsi dengan kalian. Cerita kisah seorang sahabat yang terlantar di bumi Mesir sejak sekian lama. Dek kerana terlalu lama di situ, dia sudah jatuh cinta dengan Mesir dan segala isinya. Cintanya datang tatkala dia dan Mesir hampir-hampir terpisah. Semuanya gara-gara Mesir yang memberikan kata-kata harapan yang indah saat pertemuan terakhir mereka. Bersaksikan Sungai Nil dan sampah-sampah yang menghiasi tebingnya, tiba-tiba harapan tadi berubah menjadi cinta!

Sahabat kita ini disaat masih dalam penasaran serta dalam keadaan yang sangat kasihan, langsung tanpa berfikir panjang menerima cinta itu. Atas dasar cinta mereka yang entah bagaimana penghujungnya, sudah tentu akan terhalang kalau tak punya sokongan,takkan kekal kalau tak punya kekuatan.

Kekuatan seorang yang mengaku hamba adalah doa. Doa menghubungkan kita terus pada Allah. Dengan berdoa, kita mampu jadi istimewa. Sebagai sahabat, aku sudikan diriku jadi sang penglipurlara.

Moga ada yang sudi menadah tangan memohon doa. Bia sahabatku terus thabat mencintai Mesir. Sebanyak debu yang mengiringi perjalanan, sebanyak itulah auliya’ dan ulama’nya yang benar dan membenarkan.

#########################


1 Mei 2009- detik indah bagi bidadari-bidadari di langit syurga. Sebanyakmana air mata yang membasahi dataran Suq Sayyarat petang itu, setebal itulah juga keyakinan Fauzan bahawa tuhan tersangat-sangat menyayanginya. Tuhan sayangkan dia, sebab itulah tuhan memberinya ujian. Ujian yang mungkin menjatuhkan nama disisi manusia tapi hakikatnya satu peluang untuk meninggikan martabat di mata tuhan. Baginya, cinta itu, kalau tak ada pada manusia, akan ada pada yang lebih baik dari manusia. Dengan janji-janji itu, Fauzan membina keyakinan.

Petang tadi, dengan iringan suara nyaring Doktor Muhammad dari Masjid Sarbini yang mengalunkan azan Maghrib, Fauzan telah memutuskan hubungannya dengan Azima, buah hatinya yang berada di Malaysia setelah lebih lima belas tahun berkenalan. Lima tahun terakhirnya, mereka mula berkongsi pengalaman. Berpisah kerana sayang yang ada sudah terlalu sedikit, sehingga sudah tak ada baki lagi yang mampu diberi dan dibahagi-bahagi.

“Sebelum sayang yang sedikit ini berubah menjadi kasihan,menjadi benci, Zima rasa baik kita berhenti setakat ini je,bang!” kata-kata itulah yang terkeluar dari bibir kecil Azima. Suaranya yang serak kerana sudah terlampau banyak menangis sejak beberaja jam lalu benar-benar mengejutkan Fauzan.

“Zima, mengucap Zima,mengucap!istighfar banyak-banyak dulu, jangan terburu-buru. Jangan sebab abang tegur macam tu pun dah mintak putus! Zima takkan tak biasa dengar abang berleter,”
Fauzan sudah tak keruan. Dia kenal siapa Azima dan bagaimana perangainya. Orangnya sangat sederhana, rendah diri, tak pernah melawan apabila ditegur tetapi sangat tegas. Anak sulung dari 6 orang adik-beradik ni seorang gadis yang sangat berdikari serta banyak berahsia.

“Abang boleh dapat yang lebih baik dari Zima! Sesuai dengan ciri-ciri yang abang nak, bertudung labuh, berjubah, lemah-lembut, tak berkawan dengan lelaki, pandai memasak. Terus terang Zima cakap, Zima tak ada itu semua. Zima tak layak untuk abang”

“kenapa ni?kenapa cakap macam ni? Kan kita dah janji dulu..zima dah lupa ke? Kan dulu abang pernah cakap..,”belum pun sempat Fauzan mengungkit kenangan-kenangan indah,mengulang kembali kata-katanya yang ditulis di dalam email, di dalam surat, di dalam telefon, cepat-cepat Zima memotong.

“Abang, tu dulu! Dulu lain sekarang lain. Masa dah berubah, abang pun dah banyak berubah sekarang!,”

“Sama je la! Kan abang selalu contact Zima kan. Cuma beberapa bulan ni je abang tak ada masa sikit. Lagipun Zima tahu kan,lepas telefon abang dicuri di masjid hari tu, abang tak beli lagi yang baru. Takkan sekejap saja Zima dah macam ni. Kenapa sebenarnya ni, cuba Zima terus terang dengan abang,”

suasana jadi agak tegang. Mahu sahaja dia mengungkapkan kata-kata yang kasar tapi dipujuknya hati agar bertenang. Fauzan terperasan yang beberapa orang arab dan mat hitam yang duduk menyamping di Cyber Cafe Master sudah menjeling-jeling.

Kedudukan Cyber café Master yang terletak di seberang jalan setentang dengan Kompleks Rumah Terengganu Hayyu Asyier itu memang menjadi sebab mengapa dia sering menjadi pengunjung setia di situ.

Kebiasaannya, jarang sekali warga melayu di bumi Mesir menggunakan Cyber Cafe di luar kerana boleh dikatakan hampir setiap rumah negeri di kawasan Hayyu Asyier ini dilengkapi dengan kemudahan internet. Kemudahan dan keistimewaan yang terlalu banyak di perkampungan Malaysia di kawasan Hayyu Asyier ini kadang-kadang membantutkan pergaulan pelajar dengan masyarakat arab di luar.

“Ahh, lantaklah! Bukan selalu pun aku bercakap kuat begini! Mereka tu kalau telefon lagi teruk, kalau bercakap macam nak pecah bangunan dibuatnya,” detik Fauzan di dalam hati.
“Maafkan Zima, abang!maafkan Zima! Dah lama dah Zima rasa macam ni sebenarnya. Sejak awal-awal kita berkenalan lagi. Tapi dulu abang tak macam ni. Abang boleh terima Zima seadanya. Tapi sekarang, abang dah banyak berubah. Di depan abang, Zima rasa macam hina sangat, macam Zima ni teruk sangat di mata abang,”

“Zima dah cakap, Zima bukan sekolah agama, kawan-kawan Zima semua macam ni jugak. Lainlah kalau Zima belajar sama macam abang. Abang tak boleh bandingkan Zima dengan kawan-kawan abang dekat sana. Zima tak boleh ikut macam yang abang nak. Zima ada hidup Zima sendiri. Keadaan kita lain, bang!lain sangat-sangat!” sambung Zima lagi dengan tangisannya semakin menjadi. Fauzan sendiri dah tak dapat menahan air mata dari mengalir.
#############################


Waktu di Malaysia ketika itu sudah menjangkau lebih dua belas tengah malam. Beza antara Malaysia dan Mesir di musim panas selama 5jam. kedengaran sayup-sayup bunyi radio berselang-seli dengan tangisan Azima . Zima tak hirau lagi samada tangisannya disedari keluargan atau tidak. Biasanya kalau bercakap dengan Fauzan di waktu malam, dia akan bercakap dengan suara perlahan, kadang-kadang dia akan membuka tv atau radio supaya percakapannya tidak jelas kedengaran. Malu kalau-kalau didengari keluarga terutama ayahnya yang selalu terjaga di tengah malam.

Untuk ke bilik air atau ke dapur, terlebih dahulu perlu melintasi bilik Azima yang terletak bersebelahan. Bilik itu dikongsi dengan adik perempuannya, Alida yang muda setahun darinya. Alida belajar di universiti di barat tanahair dan tinggal di asrama. Hanya sekali sekala sahaja pulang bercuti. Sedang dia selaku anak sulung bekerja membantu keluarga setelah menamatkan diploma 2tahun yang lalu.

Dia juga tinggal di rumah sewa tetapi di hujung minggu dia lebih suka pulang ke kampung dan menghabiskan masa bersama keluarga. Baginya, keluarga adalah segala-gala. Bermesra dengan adik-adik lebih menyenangkan dari keluar bersama teman-teman. Setelah lama bekerja dan bergaul dengan bermacam orang, dia dapat merasakan antara dia dan Fauzan semacam langsung tiada titik pertemuan.

“Abang…tolong faham perasaan Zima! Zima dah tak boleh terima semua ni,”
“Zima, maafkan abang! Mungkin sebab abang dah lama sangat tak balik Malaysia, abang tak tahu suasana dekat sana macammana, tapi Zima tak boleh la buat abang macam ni, abang janji lepas ni, abang tak marah-marah lagi!”
“Tak, bang! Zima dah buat keputusan. Untuk kebaikan abang dan Zima, baik kita berpisah. Abang tak payah berjanji lah dengan Zima, dah banyak kali abang janji begitu, dan setiap kali tu juga lah abang akan buat benda yang sama. Lepas ni, abang carilah orang dekat sana yang boleh buat abang gembira selalu. Tak payah lagi nak berleter-leter, nak marah-marah macam ni.”

Petang itu, Zima luahkan segala rasa yang terbuku di hati. Betapa selama ini, Azima begitu terseksa kerana terikat dengannya, dia selalu dipersendakan oleh adik beradik dan rakan-rakan. Fauzan langsung tidak menyangka ,sampai begitu berat penderitaan yang dirasakan Azima. Selalunya jika ditanya, Azima hanya mengiakan atau diam. Itulah bahananya, bila kita terlalu banyak berahsia.

Setelah dipaksa, akhirnya dia bercerita. Sayang Azima rupanya sudah lama berbagi dua. Cuma Azima tak punya kekuatan untuk meluahkan perasaan yang terpendam. Harapannya agar Fauzan akan mengerti perubahannya serta boleh berubah menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa.

“Astargfirullahal’azim,” beberapa kali Fauzan mengambil nafas panjang. Dengan sebak yang memenuhi ruang, dadanya rasa tersekat-sekat seolah-olah batu besar menghempap dada.
“Mudahnya Zima cakap! Zima dah curang dengan abang,tahu tak? Zima ingat mudah ke abang nak lupa ini semua? Hari-hari abang hidup dengan kenangan kita, Zima dah jadi sebahagian dari hidup abang. Abang dah beri seluruh hati abang untuk Zima. lepas ni macammana abang nak teruskan hidup!”
“Memang Zima curang pun! Sebab tu ah Zima nak minta putus. Bang, sebenarnya kenangan kita bukanlah banyak mana pun! Sekejap je kita kenal kan! Sepatutnya kita tak patut bercinta dulu, mungkin Zima tak matang lagi masa tu. Abang pun jangan ah pentingkan diri sendiri, abang selaku orang yang belajar agama sepatutnya lebih faham, kan!”

sambil menangis tersesak-esak ucapan itu terkeluar dari mulut Azima. Azima tahu, Fauzan memang sangat menyayanginya cuma dia sudah tidak tahan dengan sikap Fauzan yang terlalu mengongkong kebebasan hidupnya, inginkan dia menjadi seperti seorang bidadari syurga yang tak punya apa kekurangan dan macam-macam lagi.itu satu penghinaan, dia sedar siapa dirinya.
Hanya dengan menceritakan perkara sebenar begini baru Fauzan akan sedar. Dia sudah tidak sanggup lagi berpura-pura saban hari. Dia tidak kisah jika Fauzan ingin membencinya sekalipun.

############################################


Perbualan terhenti seketika. Fauzan kaku mendengar kata-kata itu. “Kita tak punya banyak kenangan?? Aku pentingkan diri sendiri??dan yang lebih tajam lagi,aku sepatutnya lebih faham?!Benarkah begitu?”

Ya, dia memang sepatutnya lebih faham tapi kerana cinta ini, dia sengaja buat-buat tak faham. Sengaja dibiarkan matlamat menghalalkan cara, beralaskan cinta kerana Allah dan macam-macam alasan lagi. Hari ini, tuhan telah menguji setakat mana cintanya itu benar-benar kerana-Nya.

Adakah dengan sekadar dipisahkan oleh dunia, jadi alasan untuk dia membenci Azima dan berputus asa? kalau benar cintanya ini kerana Allah dia patut menghormati keputusan Azima, tak membencinya, apatahlagi untuk marah tapi terus mendidiknya atas nama ukhwah fillah. Inilah baru namanya pengorbanan!

Adat bertanam memang begitu. Sampai satu ketika bila pohon tak berbuah, daun mulai meluruh, tanah perlu digala semula. Pohon-pohon tak berguna perlu ditebang, tunggul dan semak perlu dibakar . Serahkan ia pada petani moden, berfikiran jauh dan bermodal besar. Nescaya hasilnya nanti lumayan.

Petani tua yang jumud lagi miskin seperti dia, takkan berani lagi untuk mendekat. Di celah teratak yang tak bernama, dia hanya mampu mengintai. Walaupun tanah bukan milik sesiapa, petani moden itu bukan lawannya.

Dulu sewaktu bercinta dia mabuk apabila ditimpa ombak besar. Dia dibuai-buai bayu cinta sehingga dia terlena. Dia juga karam di lautan dunia sebelum sempat memulakan pelayaran.
“abang!abang ada tak lagi dekat sana tu? Abang tak apa-apa ke?Abang menangis ke?Zima minta maaf sekali lagi. Zima minta ampun banyak-banyak sebab rahsiakan ini semua. Harap abang boleh faham”
“InsyaAllah!”
Hanya itu yang mampu dilafazkan. Fauzan memberi salam terakhir lalu memohon diri. Sambil melangkah keluar dari CyberCafe menuju masjid Sarbini yang terletak hampir seratus meter sahaja dari situ, matanya masih lagi bergenangan, mulutnya terketar-ketar mengucap Subhaanallah!
Maha suci tuhan yang menjadikan cinta kemudian mengindahkannya kemudian memberinya kepada manusia kemudian mengambilnya kembali bila-bila masa.Fikirannya menerawang entah kemana. Ayat quran yang menjadi muqarar kuliahnya terngiang-ngiang sekali sekala di benaknya.

“boleh jadi kamu membenci satu perkara sedangkan ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu suka satu perkara sedangkan ia buruk bagimu”
“Benar, Allah ingin memuliakan aku dengan memberi aku peluang untuk kembali berada di atas kapal dakwah. Belayar bersama rakan seperjuangan seperti dulu membelah lautan kejahilan, mendidik ombak-ombak besar yang ganas agar menjadi buih-buih yang tak bermaya”

Angin petang bertiup kuat. Air mata Fauzan kering sebelum sampai ke pintu masjid. lima belas tahun dulu, air mata inilah yang mengalirkan arus pertemuan. Bila laut bergelora, airmata kembali keluar menutup apa yang ia mulakan. hadirnya bagai si ibu yang menenangkan hati anak yang manja.

tiang-tiang elektrik yang tinggi di tengah-tengah Suqq Sayyarat bergoyang-goyang ditiup angin. kabelnya yang bersimpang siur mengiringi perjalanan Fauzan dengan mendendangkan irama-irama sedih lagi pilu,

duhai bayu yang mendingin,
tembusilah tubuhku yang kurus tak bermaya ini,
cubalah untuk mencari ruang-ruang yang hangat
untuk kau sejukkan dengan cinta manusia!
Nescaya kau takkan ketemu,
karena hati ini,
juga segala yang diawasi olehnya,
sudah dilamar oleh cinta
yang Empunya cinta”
-waza-
1-2-2010



p/s-hanya rekaan semata-mata. Jikalau mengena pada diri sesiapa mungkin ianya sekadar kebetulan yang tidak disengajakan. Bila sudah namanya kebetulan, mana-mana yang salah dan silap tak perlulah diperbetulkan.wallahua’lam.

Saturday, 20 February 2010

w.a.s.w.a.f

Bismillahirrahmanirrahim..
Maseh ada lagi rupanya kenangan kenangan indah yang mampu kukutip dalam waktu terdekat ini. nilai kemesraan yang selama ini sembunyi, tiba-tiba hadir menampakkan diri. Masing-masing cuba menanam kembali benih-benih ukhuwah. Alhamdulilah, wangiannya semerbak menyentuh hati-hati yang suci.

Semalam, Hikmat 2010 KPT selamat disempurnakan. Aku jadi penolong ketua kumpulan. Ertinya, untuk beberapa hari, aku harus berkampung. Juga harus keluar dari kepompong. Selama ini, hari-hari dipenuhi dengan penantian tiket Kuwait yang menyeksakan. Tak apa, biarlah 3hari ini kita habiskan masa bersama. Aku ajarkan pada kalian, apa pentingnya kebersamaan.

Malamnya, pentomen diadakan. Aku dipaksa oleh adek-adek baru untuk membuat cerita. Mungkin mereka maseh ingat pentomen aku zaman Smaasza dulu. Ahh, tu kisah lama. Selepas Maghrib cerita direka, sesudah isyak, cerita dibaca. Alhamdulilah, kami menang tempat kedua. kata Waza “menang sorak, sikoh tergadai”. ini karena di akhir majlis pengacara, membongkar sesuatu rahsia. majlis tersebut turut disaksikan oleh akhawat-akhawat kita.
……………………………………………………………………

We are sibling we are family

(muzik Instrumental dipasang)
-Dalam hidup ini, saat paling bahagia di dalam hidup seseorang apabila dapat bersama dengan insan-insan yang tersayang. Terkadang kita keliru dengan menentukan siapa yang lebih patut kita sayang dan kita hargai.

Nanti, setelah kita kehilangan mereka baru terasa betapa indahnya nikmat kebersamaan. Tiada gunanya kenangan jikalau tak bisa diingat. Jadi aku sudi-sudikan diriku untuk bercerita pada kalian. Moga-moga kalian dapat menghayatinya.

-kisahnya bermula pada majlis HIKMAT yang dianjurkan oleh KPT suatu masa dahulu. Semua anak-anak Terengganu yang berada di seluruh Mesir balik ke kompleks. Ada yang datang dari Dumyat..
(seorang pelajar keluar membawa karung guni. Lalu bertemu dengan seorang pelajar yang lain. Mereka bertegur sapa dalam bahasa indon)

a-Assalamualaikum
b-waalaikumussalam
a-antum ini dari mana..mahu ke mana?
b-ana dari Dumyat mahu ke Ramsis, dari Ramsis mahu ke Asyier, dari Asyier teruuus ke KPT. Ada acara di sana.
a-ooo…tapi apaan ini? kayaknya berat bangat sih! (sambil menunjuk ke arah guni)
b-ini kerang. Mahu dibawa pulang. Kamu mahu satu? Nah, ambik baggi!
a-Syukran.
(kemudian mereka berpisah..kemudian berpaling kembali dan bertanya)

a-eer..lau samah..enta indonesiin? (ayat kcb)
b-la’ ana malizi. Min terenjanu.
a-loo bakpe dok royak awal-awal. Ambe pong ganung gok. Nak balik rumah ganung ke?meh ah gi same-same.
b- jom

-akhawat-akhawat kite di alex dan mansurah pun tidak kurang hebatnya. Masing-masing tak ketinggalan untuk pulang.
(2 orang keluar berjalan menunggu tremco)

a-ammu!(3x)..(memanggil dengan manja sambil tangan melambai-lambai)
b-aiwah, ya binti!ya gamilah! Ya habib albi! Ruuh Fin Baah? Fi hagah muayyanah?
a-ammu…ehna aiz ruuh Qaherah
b-qahirah?leeh?hina quwais.
a-ehna aiz il’ab (2x). il’ab futsal( sambil kaki menggayakan gaya orang bermain bola)
b-ok(3x)..irkab
(drver membuka pintu dan menolak dengan kasar.)
a-syukran ya ammu
(dalam perjalanan, akhawat tadi mencuit bahu driver dan bertanya..)
a-ammu…lau samah, namanya siapa?( ayat kcb)
b- Abdullah( suare garau)
( akhawat kite pun tersenyum sendiri. Bajet macam anna althafunnisak.huhu. masa ni lagu kcb dimainkan…

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah garisan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang brtsbih mengutus hati ini
Kusandarkan hidup matiku padaMu

Ketka cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta)

-begitulah ragam akhawat kita. Sangat terpengaruh dengan cerita-cerita Indon…Di Kpt, bermacam-macam permainan diadakan.

-Ada bola takraw(2org kelua buat gaya servis), ada bola tampar(3org keluar buat gaya spike), ada tarik tali(enam org keluar bermain. Yang kurus menang dengan mudah tarik sambil korek telinga)
-bukan sahaja acara padang. Tapi ada juga acara dewan.
(semua berkumpul untuk bernasyid.nyanyi lagu biasa sambil buat suara hiphop. lagu kedua nyanyi lagu maher zain.baarokaalah..)

-lalu…timbullah satu masalah yang tak terduga. Semua permainan dimenangi oleh kump 3. Kumpulan lain tak berpuas hati.
(kump lain datang memprotes)

a-mana aci gini. Awok mung menang banyok. Sek-sek mung gagah-gagah belaka.
b-sahabatku, janganlah begini. Kita ni kan saudara. Lagipun kumpulan kami menang kerana moral kami tinggi. Kami sentiasa bersatu. We are sibling we are family ( baca dalam slang org putih)

a-ahh..xkire ah. Lepas ni kite putus kawan.
-mulai dari saat itu, mereka pun berpecah. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bila berjumpa bermasam muka. Kalau bersalam, mereka menolaknya. Ahh, sungguh kurang sopan mereka itu!
(4orang keluar melakonkannya)

-semuanya berubah di suatu hari. Seorang dari mereka telah pulang lewat. Dia diekori oleh seorang mat hitam

a-hei you! You have lighter?
b-what? I don’t understand? I’m sori!(gaya man belon)
a-walla’ah. Yakni kabrit!
b- no(3x)

-mat hitam itu terus mengugut sahabat kita dan menghulurkan pisau. Lalu seorang sahabat dari kump 3 muncul.
a-hei you, if you wanna fight..fight with me. Not with him. He’s my friend. My very(3x) good friend.
b-ok lets see who’s the winner.
(mat hitam buker langkah tinju. Seorang lagi buke buaah silat. Bergaduh ala matrik. Mat hitam lari)

a-wei, mung ok x? napok sakit je.
b-aku ok.. terime kaseh banyok ah..aku..sebenornye malu ke mung.selame ning aku ngenat mung macam-macam.
a-eh..xpe ah. Aku tak kisah pun…
b-betol ke ning?
a-hoo, mung tu..badan je besor..lembik sungguh benor. Meh ah kite balik.( dengan nada bergurau)

-begitulah. Walaupun kenangan ini agak pahit namun ada kemanisan di dalamnya. Kemanisan ini kita akan rasa saat sendirian. Saat kita duduk termenung di jendela. Kesimpulannya..jangan protes kemenangan kump 3 coz..

“We are sibling we are family”

p/s-terima kaseh kepada para pelakon. aiman thun1,mail walidain, mat salikin(bndahri kpt), amer syoubra, zahani tahun1, hakim thun1, poyok( peserta mithali), muaz medic, farezuan(exco bip),anas(timb su), syakir (korea). Juga suara latar, najmi medic.

-waza-
20-2-2010

Friday, 29 January 2010

“Ciptalah kenangan yang halal dan enak”

Itu pesan aku pada diri sendiri. Manis atau pahit itu bukan yang utama. Itu hanya perkiraan yang boleh diubah mengikut acuan hati. Kalau hari ini kita memandang peristiwa kelmarin itu pahit, boleh jadi ia jadi manis keesokannya. Atau pahit kembali selepas itu. Peristiwa seperti masakan. Manis atau pahit kita yang tentukan. Halal atau haram, kita mengikut acuan tuhan.

Untuk menjadikan semua makanan itu enak, bukan payah. Kita perlu lidah yang peka. Sebelum makanan masuk ke kerongkong, lidah perlu meneliti bahan-bahan yang diterima. Kerongkong juga perlu peka, ada bahan yang diterima lidah tapi tak sesuai untuk perut. Lidah yang peka dapat menjaga badan dari penyakit.

Kenangan yang halal pun begitu. Ia adalah hasil dari perbuatan kita dulu dan sekarang. Ia akan disoal dan dinilai sekarang dan akan datang. Kalau dari sekarang kita berazam untuk menjauhi perkara yang haram, itulah dia kenangan yang halal untuk kita.

Banyak caranya untuk menjadikan kenangan itu jadi halal lagi indah. Yang utama semestinya takwa.takwa adalah ibu segala kebajikan. Sifat- sifat terpuji yang lain adalah anak cucunya.

Terkadang orang sekarang suka dengan ungkapan yang berprinsip atau berfalsafah. Mereka adalah kebanyakan kita yang lahir sesudah perkembangan Islam ke serata dunia. Ilmu falsafah Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa arab dan disebarkan . kemudian muncullah beberapa sosok ilmuan islam yang mengambil peranan memurnikan ilmu ini . sampah-sampah syirik, khurafat dibersihkan sehingga sesuai digunapakai oleh orang islam. Antaranya , Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali Rahimahullah.Apa yang aku cuba buktikan? Sekadar mencari alas buat hamparan kata-kataku selepas ini.

Bagiku, untuk jadikan kenangan sesuatu yang enak, biar kita yang cipta kenangan itu(dengan izin Allah). Jangan biar kenangan kita hanya sebahagian kecil dari diari hidup orang lain. Ketahuilah, pelakon tambahan itu meramaikan. Pelakon jemputan pula sekadar meraikan. Jadilah pelakon utama. Kita akan punya kekuatan dalam memutuskan sesuatu.

Kita memang terikat dengan kemahuan pengarah tapi pengarah tak menghalang pelakon dari menonjolkan identiti diri. Bila kita ada kekuatan, kita akan berjalan beriringan dengan fatamorgana yang mencantikkan dunia. enak dan bahagia.

Kenangan yang enak itu sekiranya halal akan menukarkan famorgana jadi mahligai yang besar, taman yang rimbun daunnya, bidadari sebagai isteri yang suci. Di sudut matanya penuh keindahan, sebaya umurnya, sangat putih, cantik berseri wajahnya, gadis-gadis remaja, dan sekiranya bidadari ini meludah di samudera nescaya airnya menjadi tawar, kerana tawarnya air ludah bidadari. Subhaanallah!

Kita kembali kepada kisah mencipta kenangan. Bagaimana jika kita telah mencipta pelbagai kenangan yang haram? Adakah layak untuk kita mencicip perbendaharaan kenikmatan syurga yang ghaib dan misteri ini? adakah layak untuk mendampingi kekasih yang sentiasa menanti dan merindui kita di sana?

Jawab ulama’ dengan ilmu,


“ kenangan itu prestasi manusia dalam memanipulasikan nikmat tuhan. Bertaubatlah atas nikmat yang disalahguna. Kita berdosa dengan Allah dan Allah punya banyak nama.selain Ar-Rahman, Allah juga adalah At-Tawwab. Menyesallah kemudian meninggalkan dosa kemudian berazam untuk tidak mencipta kenangan sebegitu.”

Bagaimana dengan kenangan yang tidak enak? Apakah ada cara untuk memaniskannya?
Jawabku dengan pengalaman,
“Kalau kamu tak mampu mengubah sesuatu benda, ubahlah pandangan kamu terhadapnya”
Pernah sekali, aku jadi pejalan kaki yang secara tak sengaja masuk dalam cerita seseorang. Kiranya aku pelakon sampingan. Aku rasa sangat bengang sebab watak yang aku lakonkan agak banyak. Lebih banyak dari hero. Sama banyak dengan heroin. Sekali pandang, aku seperti watak utama. Itu pengakuan dari teman yang turut sama mengikuti sinetron sedih luga ini. Aku bahkan tak meminta imbuhan, tak minta dikenang jasa pun. Cuma kesal sebab heroinnya cantik!
Dulu, sebelum sinetron ini disiar, sang hero pernah mendatangiku. Heroin sembunyi di belakang. Malu. Katanya seraya memujuk,

” sebenarnya ini adalah ceritamu. Ia berlaku tanpa disengajakan. Maafkan kami kerana membuat saudara terasa ditipu.”

Mula-mulanya aku tak boleh menerima. Aku marah bagai nak rak. Aku minta dikembalikan pita asal rakaman. Semua orang tak setuju dengan tindakanku.kata mereka aku ego lagi tak dapat menerima hakikat. aku katakan pada hero,

“kamu tak tahu apa yang aku rasa! bagaimana rasanya kalau kamu ditipu begini!”
“sabarlah..aku faham perasaanmu. Aku juga pernah ditipu. Tapi aku boleh menerimanya dengan hati yang lapang,”
balas sang hero. Kata-kata itu buat aku tercabar.

Tak lama kemudian, si heroin yang cantik keluar tiba-tiba. Dia meminta maaf sampai menangis teresak-esak. Dia memujukku dengan airmatanya. Aku tersentuh atas kelembutan jiwanya tapi tetap tak peduli. Aku terus membebel tak henti-henti. Si heroin hilang sabar.

“hei, saudara! Sedarlah sikit, kamu tu hanya pelakon sampingan. Kamu muncul secara tak sengaja je pun.Kalau boleh, kami tak nak pun kamu masuk dalam cerita ini! yang sudah tu, sudah la. Tak malu betol!”

Aku terdiam. Aku pergi dan sekarang antara aku dan pelakon-pelakon dalam cerita ini telah terputus hubungan. Dulu memang ia pahit. Pantang disebut, aku terasa. Lama-lama ia manis. beban jadi sumber kekuatan. Masa jadi satu penukul yang besar yang memecahkan batu jadi debu yang suci. Bila perlu, ia yang kuguna untuk menyucikan.

Kalau ada teman yang menonton cerita tadi bertanya, aku sudah tak segan untuk berkata,
itulah cerita pejalan kaki yang yang tak sedarkan diri”

Kemudian, kami semua ketawa sesama sendiri mengenang kejahilan diri. Masing-masing punya kenangan. Semanis mungkin, mereka cuba ungkapkan.

-Waza-
28-1-2010
p/s- terima kaseh di atas kebesaran jiwamu!

Wednesday, 27 January 2010

Semanis Sukkari, Setawar Sukkar

Sukari adalah sejenis limau di Mesir. Limau yang paling kusuka. Rasanya lemak-lemak manis. Harganya murah. Buahnya juga kecil berbanding Safandi(limau kulit keriput) dan Abu Surrah(limau besar). Buah ini walau kecil, manis dan murah tapi tidak berapa diminati berbanding limau yang lain. Sehingga namanya juga dilupakan oleh kebanyakan orang.

Kadang- kadang terfikir juga di hati. Yang dikatakan nikmat itu, dimana letaknya? Bukankah nikmat limau pada manisnya? Nikmat membeli pada murahnya. Adakah orang-orang yang membeli telah tersilap?

Ya, orang yang membeli semuanya bersalah mengikut seleraku. Tapi benar pada selera mereka. Selagimana selera itu tak memabukkan, mempunyai banyak pilihan, ia adalah milik semua, aku tak layak memaksa orang mengikut mahuku. Kalau ada yang mahu memaksa, berikan hak yang batil itu pada mereka, hakku adalah menikmati. Kalau mereka mendepa tangan, aku si bongkok yang menundukkan kepala.

Di Mesir, sukkar(gula) dihasilkan dari tebu dan ubi. Tebunya tawar ubinya belum pernah dirasa. Gulanya kurang manis. Kenyataan yang boleh diterima bahasa. Pepatah di sini menyebut, manis seperti ‘asal (madu) bukannya gula. Walaupun tak manis, harganya mahal membedil.

Harga sekilo gula di Mesir sekarang 5 genih illa rub’(kurang 25sen). Untuk menghasilkan seteko teh susu yang power memerlukan 8sudu besar gula, 3sudu penuh the ‘arusa, satu paket susu cair. Itu pusaka peninggalan Kamal, diturunkan daripada Haadi kepada Sham. Sanadnya rosak bila sampai kepadaku. Alasannya, perubahan zaman!

Semua orang menderita akibat serpihan bedil itu. Tiada pula yang berhenti dari membeli. Gula adalah dhoruriat, hajjiyat, dan tahsiniyyat; biarpun telah tertanggal sebahagian sifat asalnya iaitu manis.

Kehidupan sekarang banyak berubah. Satu benda yang pada suatu ketika jadi kehendak sekarang sudah menjadi keperluan. Contohnya kenderaan, telefon(selain aku), peti sejuk dan lain-lain. Boleh jadi zaman akan datang kita semakin berhajat kepada sesuatu. Atau mungkin kita kembali kepada zaman lama.kita hanya perlu air, udara, makanan, pakaian, dan tempat tinggal atau lebih kurang dari itu.

Sekarang adalah zaman yangmana kebendaan menduduki tempat tertinggi dalam jiwa manusia. Biarpun kebendaan itu membuatkan semua orang susah, tertekan, terpaksa berkorban masa, ia tetap dikejar. Kebendaan itulah gula Mesir. Mahal tapi tawar.

-waza-
26-1-2010

Wednesday, 20 January 2010

iman (1)

Iman adalah cahaya yang menyinar. Ia akan menampakkan dengan jelas seluruh tulisan yang sedia ada dan tertulis dalam diri manusia. Iman juga menyinari alam semesta. Ia membuat masa lalu dan masa akan datang selamat dari gelap gelita.

Rahsianya tersembunyi dalam sebuah perumpamaan berdasarkan satu rahsia ayat yang mulia:


“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan(kekafiran) kepada cahaya(iman)...” Al-baqarah-257

Aku melihat dua buah gunung menjulang tinggi yang saling berhadapan. Di atasnya telah dibangunkan sebuah jambatan besar yang mencengangkan. Di bawahnya ada sebuah lembah yang sangat dalam. aku berdiri di atas jambatan itu dan dunia diselimuti oleh kegelapan yang tebal dari setiap arah. Hingga tak satupun benda yang terlihat.

Lalu aku menoleh ke kanan. Tiba-tiba terlihat kuburan besar yang diselimuti kegelapan yang tak berhujung. Kemudian aku menoleh ke samping kiriku. Seolah-olah aku melihat gelombang kegelapan yang begitu dahsyat. Musibah dan bencana siap untuk menerkam. Aku lalu melihat ke bawah jambatan itu, nampaklah di mataku jurang yang sangat dalam.

Ketika itu aku tak memilki sesuatupun kecuali lampu suluh yang suram. Aku pun menggunakannya sehingga terserlah pemandangan yang menakutkan. Aku melihat singa- singa, binatang buas dan liar serta bayangan seram menghantui setiap tempat.

Aku akhirnya berkata,

“seandainya aku tak memiliki lampu suluh yang memperlihatkan semua makhluk yang menakutkan itu”. Kerana ke manapun lampu itu diarahkan ia tetap menampakkan hal-hal yang mencengkam.kemudian aku menyesal dalam lubuk hati dan mengaduh seraya berkata,

“sungguh lampu suluh itu musibah dan bala terhadap diriku”.

Kemarahanku pun membara.kulemparkan lampu itu ke tanah sampai hancur sehingga dengan pecahnya ia, seakan-akan aku menekan butang lampu elektrik ajaib yang tiba-tiba menyinari alam. Sampai kegelapan itu sirna selamanya. Cahaya memenuhi setiap tempat dan arah sehingga hakikat segala sesuatu nampak jelas.

Akhirnya aku mengetahui bahawa jambatan gantung yang luar biasa itu hakikatnya adalah sebuah jalan yang membentang dari sebuah lembah yang luas. Kuburan besar yang aku saksikan di kananku adalah taman-taman yang hijau nan indah, majlis ibadah, pengabdian yang dipimpin oleh orang-orang nurani.

Sementara lembah yang begitu dalam, puncak yang menyeramkan, peristiwa aneh di sebelah kiriku tak lain hanyalah gunung yang dipenuhi pepohonan hijau yang menarik pandangan. Di belakangnya terdapat jamuan besar yang mempersonakan dan tempat rekreasi yang indah. Benar, itulah yang aku saksikan dalam imaginasiku.

Adapun makhluk yang menyeramkan itu, pada dasarnya hanyalah haiwan jinak seperti unta, lembu, biri-biri dan kambing. Saat itu aku melantunkan ayat Allah Taala.
Aku pun mengulang “segala puji adalah milik Allah atas cahaya iman.” Kemudian aku pun tersedar dari lamunan yang panjang.

Demikianlah kedua gunung tersebut adalah awal dan akhirnya kehidupan. Alam dunia dan barzakh. Jambatan itu adalah jalan kehidupan. Sisi kanannya adalah masa lampau. Sisi kirinya adalah masa depan. Lampu suluh adalah egoism manusia yang angkuh serta membangga-banggakan ilmunya sehingga tidak mengendahkan wahyu dari langit. Binatang buas adalah peristiwa alam dan makhluk ajaib di dunia.

Manusia yang bergantung kepada keegoannya semata-mata akan terjerat dalam gelapnya kelalaian dan belenggu kesesatan. Cahaya lampu yang suram adalah pengetahuan yang terbatas dan menyimpang.

Ia menggambarkan masa depan bagai tempat asing yang dipermainkan oleh malapetaka dan bencana alam. Caranya denganmengembalikan masa depan kepada prinsip kebetulan yang yang buta.ia juga menggambarkan semua peristiwa dan makhluk-yang hakikatnya tunduk pada Allah Taala- bagai bintang buas yang mematikan.

Inilah bukti ayat-ayat Allah yang mulia,

“dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya adalah syaitan. Yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan(kekafiran)” al-baqarah-257

Adapun jika pertolongan Allah menemui manusia, iman menemukan jalan menuju hatinya. Keangkuhan jiwa hancur serta mengikuti petunjuk Alquran. Maka hal-hal tersebut semuanya menyerupai keadaan yang ada dalam imaginasiku. Hingga alam semesta diselimuti dengan cahaya yang terang.


“Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi” -Annur:35

Masa lalu bukanlah sebuah kuburan yang menyeramkan seperti yang diduga. Setiap fasa dari masa lalu- sebagaimana yang disaksikan oleh mata hati- penuh dengan tugas penghambaan di bawah telunjuk seorang Rasul atau sejumlah wali yang soleh yang mengembangkan dakwah islam serta mengukuhkan tiangnya dalam bentuk yang sangat sempurna.

Tatkala ia memandang kearah kiri yang merupakan masa depan, di sebalik dahsyatnya proses perputaran hidup terdapat istana kebahagiaan syurga. Di dalamnya terdapat jamuan Allah yang dibentang luas tak berhujung.

Setiap peristiwa alam pada hakikatnya hanyalah petugas yang diperintah dan patuh. Taufan, hujan dan semacamnya yang namapak sedih dan naïf hanyalah manifestasi hikmah-hikmah Ilahi yang mulia. Kematian adalah awal dari kehidupan yang abadi dan perkuburan sebagai pintu kebahagiaan yang kekal.

Bandingkanlah sisi yang lain dengan cara seperti ini dengan menerapkan hakikat pada perumpamaan tersebut.

-waza-
20-1-2010
p/s-terjemahan Risalah Nur Bediuzzaman Said Nursi

Saturday, 16 January 2010

KUDB

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Pengaseh, aku mulakan kata-kata ini. Ucapan yang bagaimana lagi harus keluar dari detikan jariku malam ini. Tahun baru mengingatkan aku akan keperluan untuk maju setapak. Ke atas untuk peringkat yang lebih tinggi. Ke depan untuk matlamat yang lebih dekat. Ke kanan untuk ruang yang lebih lapang. Tahun lalu aku pernah menterjemah kata-kata Syeikh Muhammad Ghazali dari kitab ‘Jaddid Hayatak’.

Katanya, “tak perlu menunggu tahun baru, hari lahir, atau waktu-waktu tertentu untuk berubah. Seperti kita mengemas meja tempat kita bekerja atau belajar. Kita akan menyusun buku dan fail bila sedar ia berselerak. Kertas tak berguna perlu kita buang kerana mencacatkan pemandangan. Debu-debu juga perlu dibersihkan demi keselesaan.”

Demikian juga hati. Ia terlebih patut dibersih dan dikemaskini. Ia tumbuh dengan ranting yang banyak. Pangkaslah ia dengan bentuk yang menarik sebelum membesar menjadi dahan. Bila timbul kesedaran, kita patut berubah sebelum ia tenggelam.

Tadi, aku solat di surau Kpt. Lama tak singgah di sana. Mungkin permaidani yang pernah menjadi tempat sujud itu sudah tak mengecam dahi dan hidung ini. Selesai solat, tak tahu ke mana lagi mana harus pergi. Rumah pusaka Nawwar, masjid Muhammady,cyber café Tornado, atau kedai runcit sebelahnya. Tempurung hidup semakin sempit. Entahlah..aku sudah cemuh bercakap tentang ruang!

Akhirnya aku tersandar di dinding kiri surau. Mata berpusing memerhati mata-mata lain yang memerhati mata yang lain. Tiada mata yang menentang pandangan kuyu ini. Aku hanya ingin bersedekah. Tiada siapa yang sudi menerima. Akhirnya aku tersenyum menatap tiang. Aku gantungkan padanya cermin imaginasi. Jadilah aku si gila yang bersedekah untuk diri sendiri.

Di sebelahku meja amplifier. wayar-wayar bersimpang siur disitu. Alangkah indahnya jika aku seperti wayar-wayar itu. Berebut-berebut untuk memberi kebaikan. tiap yang mendengar laungan azan itu, lalu bangkit menghadap tuhan, sudah tentu ada bahagiannya untukku. Tak berkurang walaupun satu. Nampak pelik bagi akal yang sekular tapi bagi mukmin itulah rahmat.

Aku mencapai sebuah buku berwarna putih yang mendampingi al-quran di atas meja. Buku Majdi Hilali “Asbabu Dho’fin nafsi’ memang menarik. Aku tertarik pada putihnya. Seminit membelek, aku menyimpulkan. putih adalah kulit. Quran adalah isi. Meja adalah dunia. aku adalah manusia biasa yang memandang pada putih lebih dari segalanya.

Menurutku, putih bukan sekadar hiasan yang cantik. aku pengejar ketenangan yang wujud di balik putihnya. Ia membangkit seri meja yang kusam. ketahuilah,
sesiapa yang cuba mencorakkan putih selain quran, bererti dia
melukaiku.”

Otakku ligat membuat perumpamaan dalam beberapa bulan kebelakangan ini. mulanya tak pasti. Akhirnya tak tahu. Kemuncaknya sekarang. Seolahnya, semua benda yang berlaku di dunia ada ada tali yang mengikatnya. aku suka jadi salah satu tangan yang mengikat kemudian kembali merungkaikan

Barangsiapa yang kenal dirinya, maka dia akan kenal tuhannya”

Ia mungkin bermula sewaktu mendengar pengajian kitab mauizatul Mu’minin karya besar Al-Qasimiey. Tok Guru Nik Aziz telah mengindahkan pengertiannya. Selepas itu, aku terbeli tafsir juzuk Amma Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan buku pendakwah terkenal Mesir, Amru Khalid lalu terbacanya pula. Penuh dengan perumpamaan yang santai lagi sampai. Begitu juga dalam kitab terjemahan Al-munthalaq. Kitab Syeikh muhammad Ahmad arrasyid walaupun bercerita tentang haraqi tetap terjumpa di dalamnya pembawakan yang sama.

Akhir sekali, tadi aku dihadiah seorang teman sebuah kitab. ‘Iman dan manusia’. Koleksi dari ‘Risalah Nur’ karya agung Bediuzzaman Syed Nursi. Kitab ini buatku terkapai-kapai di lautan bahasa. Rupanya, terlalu banyak kitab yang indah susunan katanya. Ia terhasil dari tangan pengarang-pengarang Murabbi sepanjang zaman.justeru, aku kagum dengan kehebatan mereka sekaligus kebodohan diriku.

Aku jatuh cinta pada pekerjaan ini bila aku lihat ada kepuasan padanya. aku boleh mengecilkan keluasan langit dan bumi dengan berkata,
“langit ibarat suami, bumi ibarat isteri, manusia adalah anak-anaknya.
Matahari dan hujan adalah nafkah yang dibahagi. Hasil dari gaji yang diberikan
majikan suami. Darinya, isteri menghidangkan masakan yang sedap-sedap untuk
anak-anak. "

Manusia yang baik adalah mereka yang mengenang jasa setelah kenyang. Dengan nikmat yang diturunkan dari langit dan yang ditumbuhkan dari bumi. Tubuhnya mesti berbakti pada bumi sambil tangan sentiasa menadah ke langit. Bukan bererti dia bertuhankan langit atau percaya bahawa zat yang memberi rezeki itu berada di langit. Allah itu majikan sekalian makhluk yang sekali-kali tidak bertempat.

Dia anak-anak yang baik. Dia tahu ayahnya tiada kuasa. Ibunya tiada kuasa. Yang berkuasa mesti lebih hebat dari ayahnya. Langit lambang ketinggian dan kebesaran. Lalu, dia mengangkat tangannya menadah bagi membangkit kehinaan diri dan ketinggian kuasa Allah. Dia seperti si miskin yang kelaparan. Dengan menadahkan tangan ke atas sambil meminta, dia merasa lebih pantas permintaannya diterima.

Kalam sebegini tentu akan ditentang oleh puak Wahabi yang mengatakan Allah ada di langit. Aku bukan mereka. Aku sekadar meminjam nama.

Aku juga boleh membesarkan watak manusia mengikut kesesuaian. Contohnya,
manusia umpama besi yang biasa. Iman adalah karya seni yang unik. Pasar
budaya adalah kemuliaan yang diperolehi (syurga). Kedai besi buruk adalah
kekafiran.
Bukan sesuatu yang jarang terjadi sepotong besi memiliki nilai seni dan keindahan yang sangat tinggi. Sebuah karya seni unik yang bernilai ribuan ringgit dapat lahir meskipun dari sepotong besi yang biasa. Ketika barang itu dipasarkan di pasar budaya, kemudian mereka tahu pembuatnya mahir dan terkenal, ia jadi bernilai. Tempat duduknya di dalam cermin kaca bersama perhiasan yang senilai dengannya. Adapun jika dibawa ke kedai besi buruk, maka tak seorang pun berminat untuk membeli.

Apabila cahaya keimanan bersemayam dalam diri manusia, maka seluruh pahatan yang penuh hikmah padanya dapat dibaca dengan cahaya itu. Orang beriman membacanya dengan penuh kesedaran bahkan menarik orang lain untuk membacanya juga. Seolah-olah dia berkata,
aku adalah ciptaan Sang pencipta yang Maha Mulia. Lihatlah bagaimana rahmat
dan kemurahannya terserlah dalam diriku dengan makna-makna yang luas”.
Itulah karya seni Rabbani. Jika kekafiran yang merupakan pemutus hubungan dengan Allah itu menyelinap dalam diri manusia, maka hikmah akan jatuh dalam kegelapan. Ia tak mungkin mampu ditelaah dan dibaca. Karya- karya yang tinggi itu akan pupus. Apa yang tersisa di depan mata hanyalah dinisbahkan kepada dunia dan hukum kebetulan.
Seperti mutiara yang berkilauan apabila pecah, ia jadi kaca yang tak bercahaya. Demikanlah kekafiran merosakkan hakikat kemanusiaan.

Nilai komersial sesuatu karya manusia akan selalu berbeza baik nilai estetika mahupun kualitinya. Terkadang kedua nilai itu tampak sama terkadang nilai komersialnya lebih tinggi berbanding nilai seninya. Contohnya filem keluaran barat dan sekarang. Penuh dengan kebobrokan akhlak dan ketandusan seni tapi mempunyai nilai komersial yang tinggi. Bandingkan sahaja dengan filem Majid Majdi, pengarah dari Iran. Filem seperti Children of Paradise, Colours of paradise, Father dan lain-lain. sarat dengan seni yang membudayakan.

Karya yang hebat tak perlu menyentuh sentiviti agama atau kaum. Tampilkan keindahan agama dan kaum dengan jujur. Aziz M. Osman, Erma fatima, Prof Madya, Bade azmi dan pengarah yang lain patut sedar. Nilai seni Malaysia hampir pupus. Agama jadi bahan komersial untuk menghalau hantu. Tak lama lagi, ketamadunan manusia akan diganti hantu-hantu yang tidak menakutkan.

Akhir sekali, pekerjaan ini buatku bebas menulis tentang apa. Pembaca boleh menghukum sesedap rasa. Kalau yang mengenal aku dengan jiwangnya, maka bacalah dengan nada begitu. Setelah faham, cuba bebaskan perumpamaan ini untukku;

Kalau kamu menanam ubi, jangan biar dikekoh babi
Kalau kamu membuat pagar, jangan sampai dilanggar babi
kalau kamu disentuh babi, jangan salahkan pagar dan ubi



-waza-
15-1-2010
rumah pusaka Nawaar

p/s- KUDB- Ketika Ubbiey Dikekoh Babbiey

Sunday, 3 January 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Tahun 2009 telah berlalu. Aku namakannya tahun kesedihan. Namanya begitu, tak menggambarkan apa yang kurasakan sekarang. Ia adalah kesimpulan dari perasaan setahun. setelah dibanding dengan rasa yang dibentuk semenjak bertahun-tahun.

Tahun lalu adalah tahun tanpa cita-cita, tanpa harapan, tanpa perasan, tanpa banyak benda. Dalam serba kekurangan, aku tercungap-cungap. Letih menerima perkataan yang menenangkan. Dari teman dan lawan. kalau seekor pungguk bahagia dengan bulan, berjuta burung yang lainnya berkicau riang bila bulan diganti matahari. Lama mana sangat ia mampu tetap di atas dahan? Menahan telinganya yang besar itu dari cemuhan. realiti perjalanan yang menentang arus, kayu-kayu dan sampah akan dibawa sama.

Dimana bidadari adalah antara tempat pembuangan rasa. Walaupun ada sesuatu, tetap hijrahnya seperti penghijrah Ummu Qais. Nasibnya akan ditentukan. Samada penghujungnya seperti teratak waza atau rahsianya atau menunggu; sampai yang dikendong berciciran. Sampah yang terkumpul walaupun bernilai tetap sampah. Pesan orang lama, kamu datang untuk bersuci, kamu tak mampu untuk bersihkan, jangan kotorkan.

Tahun ini, aku lagi bimbang. Tiada lagi peluang untuk meluahkan perasaan di balik lembaran yang susah difaham begini. Orang-orang akan menduga perasaan lewat kata-kata dan pergerakan. Kata-kata kita akan ditafsirfaham dengan sekali dengar. Pergerakan kita akan disebut-sebut. Aku bimbang perasaan kembali berbunga, buah mulut akan kembali menguning. ia memang dilahirkan untuk berbunga dan berbuah. Musim-musim di alam realiti takkan sama dengan musim di hati.

Sungguh aku telah letih. Perjalanan ini telah mencuri separuh dari hidupku. Separuh yang lain aku tak kira. Kalau tidak kerna terlalu banyak yang telah aku bazirkan, sudah tentu aku akan meminta banyak benda. kalau sudah cukup bekalanku, selesai sudah hutangku, mahu sahaja kupinta agar semuanya terhenti di sini.

Tapi aku sedar, kematian hanyalah istirehat untuk orang yang menganggap dunia seperti penjara.Terlalu lama singgah di satu tempat kadang-kadang buat kita malas mencelik mata. Tambah pula tempat itu ada pesonanya. Persinggahan seterusnya belum tentu.

Udara walaupun bergerak pantas nampak seperti tak bergerak. Seperti kitalah. Kita telah melakukan banyak benda.kita bergerak ke sana sini. sampai berlalu satu hari, dan kita tak tahu apa yang sebenarnya kita lakukan.selama kita hidup, berapa kali kesedaran ini kita hidupkan.

Setiap kita menghirup udara itu tapi ia tak berkurang. Kerana sebanyak yang dihirup sebanyak itulah yang dilepaskan. Kalau kita pernah merancang untuk melakukan sesuatu pada masa tertentu, mungkin ada yang terlepas dari pandangan kita. Tak sempat kita lakukan taklah bermakna kita akan kehilangannya terus. Kita masih boleh menghirup udara yang sama di masa yang lain.

Kita sebenarnya memproses udara yang sama. Kalau inginkan udara yang segar, pilihlah tempat yang selesa. Asap-asap kereta, kilang, rokok mencemarkan udara. Nanti bila wap-wap udara disedut matahari, ia akan berkumpul menjadi awan hitam. Air yang sepatutnya ubat menjadi racun.

Rosaknya sistem kerana kita yang memilih untuk jadi begitu. Kita juga memilih untuk berada di situ. Bahkan kita boleh untuk tidak menjadi awan hitam. Kita boleh lari bila-bila masa yang kita mahu. Kerana kita adalah udara yang bergerak melalui angin.

Kalau udara ini tiba-tiba berhenti bergerak adakah kita terpaksa mengaut ia dengan tangan sendiri kemudian mencucuk tangan ke dalam mulut agar ia dikeluarkan kembali. Kenapa perlu berfikir tentang itu? Manusia memang suka menyusahkan diri untuk mengusahakan sesuatu yang sudah dijamin untuknya.

Menyedari bahawa udara akan sentiasa ada dan diri tak perlu berusaha sebegitu rupa untuk hidup jadi apa yang payahnya hidup ini. Boleh bernafas itu satu nikmat yang terlebih besar yang patut dihargai. Mengapa terlalu memilih dalam hidup. Mengapa? Sehingga pilihan terakhirnya adalah inginkan ia terhenti dengan sendiri..

waza

surat jiwang terakhir untuk bidadari

Assalamualaikum,

Apa agaknya khabarmu di sana? angin sekarang begitu dingin untuk bercerita padaku. Burung-burung juga tak pantas untuk menjejakimu. Kamu terbang lebih tinggi dari mereka. Sekali sayapmu mengerbang, bumi langsung gelap terpenuh dengan bayang-bayang.

Sungguh, aku sudah tawarkan semua kemanisan yang ada. Antara aku dan kamu sudah ada pagar tanpa pintu. Aku palitkan pada dindingnya racun-racun yang berbisa. Bersinar-sinar ia bila dipanah mentari. Ulat-ulat bulu sudah berhenti melaungkan cinta. Sebahagiannya mati keracunan, sebahagian yang lain berjaya melepasi; terbang menjadi kupu-kupu rindu.

Di syurga mana kamu beradu? Mungkinkah kamu di tempat terbit mentari? Angin di sana bisa bersatu dengan kulitmu. Dengarnya sekarang sakura di situ maseh segar dan kembang. Di sini, usahkan bunga. Daun yang hijau pun sudah menyenangkan. Kamu memang beruntung.

Ceritakanlah padaku, untuk apa kamu ke sana? Kalau benar kamu sudah tak punya masa untuk bercerita soal pesona, khabarkan sahaja baunya. Antara sakura dan kamu mana lebih wangi? Semestinya kamu. Keindahan sakura hanya diungkap di bibir-bibir manusia. Pujian dari manusia bermusim. Bila musim gugur, pujian jadi seperti sampah.

Wangiannya? kalau hidung boleh berkata-kata, tentulah ia takkan memuji. Mana mungkin ada wangian yang setanding kasturi. Mata dan hidung bukan seperti bibir. Bibir itu makhluk yang ditolak menyaksiannya. kelak, bibir sekadar ternganga. Yang akan bercerita tentang hidup adalah yang menjalankan kehidupan. Tangan, kaki,telinga, hidung, mata, dan sekalian anggota.

Tapi kamu, bidadariku sayang! Keindahanmu adalah janji tuhan. memilikimu juga adalah sebahagian dari perjanjian. Kamu milik;

-orang-orang yang bangkit di hujung malam untuk berbicara dengan zat yang mengerti segala bahasa,
- orang yang bangkit di awal pagi untuk bekerja lalu tawakkal dengan zat yang empunya segala rezeki,
-milik orang yang bangkit dari kelalaian lalu memperbaharui perjanjian di depan zat yang keampunannya mengatasi kemurkaan.

Kamu milik orang yang setia pada janji. justeru, Allah melebihkan manusia dengan mengikat perjanjian. Allah tidak mengharap apatahlagi kerugian. Semuanya kerana zatNya yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyantun. Allah suka hambanya membersih hati dengan berdoa dan meminta ampun.

Bidadari-san,
Begitukah panggilan untukmu sekarang? khabarnya, orang sana gemar memanggil begitu. Eloklah. Tapi ingat, jangan sekadar nama tapi pinjamlah semangat. Orang sana hidup dengan semangat. Mereka telah maju. Mereka tak ada agama. Mereka tidak bahagia. Untuk seperti mereka, pastikan tiada ruang antara masa dan perasaan. Engkau telah buktikan. Untuk lebih dari mereka, ciptakan dimensi keempat. Ibadat. Semangatmu nanti kalau melarut bersamanya, pasti lebih sempurna.

Disini bagaimana? Alhamdulillah. Aku maseh lagi hidup. aku maseh dalam kembara yang tak pernah selesai. Kamu maseh teman kembaraku. Bertemankan kamu, kembara kita sampai ke mana-mana. Aku mampu kembali ke masa lalu dan pergi ke masa akan datang. Gantinya, dua pertiga dari masa sekarang. Bila terjaga, kamu jadi mimpi yang ngeri.

Waalaikumussalam. ini siapa? pertanyaan yang cukup menenangkan. Diammu menyentap hati. sekali sekala, aku terpaksa menjadi pencuri. bicaramu umpama bulu-bulu yang menyelimutkan anak mata. Kelembutanmu bukan dibuat-buat. Kamu adalah bidadari yang menari riang.

Kamu tahu, hari ini seorang gadis tersenyum padaku. Taklah berapa manis senyuman itu. kelihatan biasa sahaja tapi bibirnya mengingatkan aku pada ulas Safandi(sejenis limau di mesir) milikmu. Dia nampak pendiam. Tika bersama kawan-kawan dia tidak banyak bercakap.

Sewaktu ketemu, ada wayar-wayar putih keluar dari tudungnya, ia menjulur sampai ke telapak tangan. Di situlah jari jemarinya yang gebu dari tadi tak berhenti-henti menekan butang. Barangkali dia sedang bermain game sambil mengulang al-quran.

Bidadari-san,
Katakan padaku, apakah berdosa memiliki hati yang mudah jatuh cinta? Kalau kupandang sepuluh gadis, semua buatku terpikat dan suka. Kalau tiba-tiba pandangan itu berakhir dengan senyuman, pandangan tadi cepat menghantarnya ke otak dan menafsirkannya sebagai cinta. Otak akan segera mengarahkan mata untuk terus memandang dan begitulah seterusnya. Keserasian otak dan mata dalam soal ini benar-benar membimbangkan.

Ketika ketemu, dia memakai baju kurung merah,bertudung gelap separa labuh. Itu tidaklah menarik perhatian sangat kalau dibandingkan kasut yang dipakainya. Kasutnya berwarna biru. Serupa dengan kasut yang biasa kupakai untuk berjoging setiap pagi. Langsung tak cocok dengan baju kurung miliknya. Nampak janggal.

Dia duduk di kerusi batu setentangku. Antara aku dengannya kira-kira dua meter jarak yang memisahkan. Ada sebuah meja kecil di tengah-tengah. Gunanya untuk mengisi borang. Kita tak pernah sedekat itu, kan? kata-kata mungkin pernah mengikat kita. ia pernah memenuhi ruang udara. Aku bernafas dan menulis dengannya. kamu sesak lalu mula menyusun meja.

Di kerusi panjang yang sama, ada kira-kira enam orang yang duduk menanti giliran. Bila sahaja dia datang,kelibat yang lain langsung kabur.wajah yang menyamping jadi pucat dan muram. Ah, auranya menenggelamkan teman-teman. Tapi kalau ada kamu, bara sepertinya tentu terpadam bersama abu.

Bila duduk,kakinya tak boleh diam.lagaknya seperti budak-budak yang sedang enak menikmati aiskrim. dia memang kebudak-budakan. aku terperasan sesuatu, dia memakai seluar jean biru di sebelah dalam. Aku tersenyum seorang. Senyuman yang jahat ini membuatnya tersipu malu.Aku sedar dia turut merasai kewujudan aku di situ.

Kamu tahu, dia seperti seseorang yang aku kenal di alam maya. Ringan sahaja mulut ini untuk bertanya tapi jarak yang dekat itu seperti jauh bila dikali bahagi dengan tebal maluku. Agak lama zaman yang tak selesa ini berlalu. Aku berlagak setia pada buku di tangan sambil cuba mencari jawapan dengan mencuri pandang.

Seorang teman memanggil namanya dengan tiba-tiba. Suara itu dari arah kiriku. Lalu dia berpaling ke sebelah kanannya. Ya, asyan kami duduk bertentangan. Ternyata firasatku tak sesat. Nama itulah yang aku berikan untuknya ketika pertama kali pandang.Tapi dia lain yang aku gambarkan sebelumnya. Orangnya lebih tenang lagi menyenangkan. Tak sangka, ada juga rupa yang lebih indah dari perkhabaran.

Dia ditanya temannya tentang sesuatu. Dia pun kelihatannya menjawab sesuatu.Di tangannya ada sebuah buku. Tajuknya kelihatan memeningkan. Jawapannya tentu lebih memeningkan. Aku tak faham kerana mungkin tak sealiran.

Bidadariku sayang,Ini adalah surat terakhir. Aku bercerita padamu bukan untuk meraih cemburu atau simpati. Tiada bangga padanya. aku sekadar mencipta ruang untuk berkongsi dengan pemerhati yang mendiam diri.

-waza-

Wednesday, 30 December 2009



Sekarang adalah zaman gelapku. Gelap bukan hanya tidak terang, tapi juga kelam. Zaman kegelapan merupakan era kelamnya peradaban. Entah akan kelam atau tidak hari ini, perjalanan bermula dengan samar, yakni ketika hari masih pagi. Apakah subuh begitu bersahabat dengan senja, hingga siang jadi tersepit ditaklukinya?

Ada yang kata, gelap itu pengetahuan. Berjalanlah dalam gelap agar tahu nikmatnya terang. Tapi aku belum buta, dan tak mahu dibutakan kegelapan. Maka lampu pun diadakan. Pertanyaanya, bagaimana lampu bisa menggagahi gelap menjadi bersinar. Apakah dia memberi terang dengan menyedut kegelapan?

Bila demikian, maka aku lebih selesa dalam samar dan remang-remang sahaja. aku tidak mahu sisa cahaya yang sedikit ini menyedut gelap untuk terang, wajahku akan penuh coretan arang. Selain itu gelap sering didalangi iblis sebagai pemuja yang tak senang akan kemajuan.

Aku tidak mahu hilang ketenangan hanya karena remangku, sebab nilai kasih sayang masih diperlukan. Remang akan membawaku pada terang tanpa harus menyedut gelap. Saat akal tak terjebak dengan kesalahan dan kehancuran, ia akan membawaku menemui kebenaran.

Tidak ada pembimbing yang lebih indah dari akal. Bisikannya pada batin akan menembusi cahaya, sehingga gelap lari tanpa harus disedut. Akal adalah cahaya dalam kegelapan amarah nafsu. Percayalah pada akal, bukan pada lampu.

Namun, kebelakangan ini ada yang ingin memuja kegelapan, agar cahaya tersepit dan menukar fikirannya untuk menjadi terang tanpa harus menyedut gelap.

Aku hanya ingin berhijrah dengan remangku menjauhi gelap. Selain itu, aku tak mampu dan akan terus menolak lampu bila ia hanya membawa terang dengan menyedut kegelapan. Biarlah aku menjadi lubang kecil tempat cahaya menerobos menusuk gelap ruang.

Ya! menusuk gelap, bukan menyedutnya…

Edit by waza

p/s-perlukan hati yang benar-benar tenang untuk memahaminya
Orang sekarang suka sangat professional. Mana-mana benda mesti dikaitkan dengannya. Seorang tidak akan dipandang tinggi jika tak professional. Hatta seorang itu bergelar ustaz, mereka tidak dinilai dengan ilmu mereka tapi professionaliti yang dinilai.

Lalu mulalah lahir golongan agama yang terlalu mementingkan professional untuk memenuhi permintaan masyarakat. Ternyata kebanyakan golongan sebegini mampu hidup dalam masyarakat tapi mereka tak mampu mengubah masyarakat. Mereka tidak ada apa-apa yang lebih berbanding masyarakat.

Sepertimana untuk menguasai ilmu fekah contohnya, kita perlu menguasai ilmu alat seperti nahu arab, balaghah,hadis, quran dan lain-lain. professional kita dalam berdepan dengan masyarakat juga ilmu alat. Agar orang jadi tertarik untuk mendengar apa yang kita ucapkan. Sedarkah kita, apa yang kita akan sampaikan itu sebenarnya keperluan utama.

Ilmu yang akan kita sampaikan sepanjang hidup dengan masyarakat, takkan cukup dengan sekadar beberapa tahun mempelajari bidang tersebut. Proses pencarian ilmu tidak boleh berhenti. Mencari dengan memberi kena juga selari. Kita tak boleh salahkan seseorang yang memandang rendah pada orang-orang yang membawa agama. Mungkin mereka golongan intelektual. Bagi mereka proses pencarian ilmu mereka jauh lebih baik dan lama dari kita. Pengalaman mereka lebih banyak. Kehidupan mereka juga nampak lebih baik.

Adakah dengan menjadi seorang agamawan yang professional dapat menyelesaikan masalah? Apa takrif sebenar professional?adakah islam yang hendak dibawa sudah ketinggalan sehingga perlu ditambah sifat professioanal padanya untuk menambahkan kegahannya?

Sebenarnya, cukup seseorang itu mempelajari ilmu agama lalu mempraktikkan apa yang dipelajarinya untuk menjadikan dia professional. Islam itu cukup sempurna lagi professional dalam mengatasi masalah dan memenuhi kehendak masyarakat. Sejak dulu, sekarang dan sampai bila-bila. Kelemahan agamawan dalam memahami agama buat cara pemikiran mereka tidak professional.

Belajar agama bukan kemuncak. Syaratnya adalah mengerti agama. Pengertian perlu dengan belajar. Pengertian tak terhenti dengan sekadar belajar. Segalanya terhasil bila Allah menghendaki.Kalau Allah hendakkan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman dalam agama.

Kefahaman dalam agama akan membuat seseorang itu nampak hakikat sesuatu benda. pernahkah kita solat dan puasa tapi dalam masa yang sama kita masih melakukan dosa. Mengapa? Kerana hakikat di sebalik ibadat adalah ubudiah. Kehambaan. Kita menghambakan diri dengan solat tapi tak merasakan kehinaan, kekurangan, kelemahan sebagai hamba serta kebesaran dan kekuatan zat yang kita sembahkan. Maka apa lebihnya kita berbanding orang yang tidak solat dan tidak menutup aurat. Kita tidak mempersembahkan apa-apa selain penat dan lelah.

Habis itu kena faham hakikat dahulu baru mula buat baik? Tidak. kena buat baik dahulu sebab hanya dengan itu kita dapat memahaminya. Untuk mencipta makanan yang lazat kita perlu mencuba dahulu. Bukan boleh menjadi sedap sekelip mata. Kita mungkin boleh bertanya orang lain tentang rasanya tapi ia tetap tak sama.

Habis bagaimana kalau tuhan tak izinkan kita mengerti? Bukankah kamu kata semuanya jika Allah menghendaki. Lagipun, betapa ramai orang yang belajar agama tak mengerti apatah lagi jika seorang yang banyak melakukan dosa.

Memang hidayah itu satu benda yang sangat membahagiakan. Ramai mana yang hidup di atas bumi ciptaan Allah ini tapi gagal untuk menemukannya. Ada yang sepanjang hidupnya dihabiskan dengan mencari tapi belum disingkapkan jendela hati untuk ketemu. Ada yang sekejap sahaja mencari lalu ia datang dengan mudah.

Allah akan beri kepada sesiapa yang dia kehendaki dan suka. kita akan melakukan apa sahaja untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada orang yang kita cinta. Kenapa? Semestinya untuk mendapatkan perhatiannya. (padahal dia belum tentu akan setia pada kita).

Kita jadikan diri kita seorang kekasih yang setia dengan setiap suruhan dan larangan Allah. Nescaya Allah akan membalas cinta kita. Rahmat dan kasih sayangnya sentiasa mengatasi kemurkaan. Hanya dengan rahmat ini yang mampu memasukkan kita ke dalam syurga bukan ilmu, amal dan lain-lain.

Habis apa gunanya ilmu, ibadat, dan ubudiah kalau semuanya bergantung pada rahmat? Jawabnya semuanya berkait. Kita perlu ilmu untuk ibadat. Perlu ibadat untuk merasai ubudiah. Perlu juga ubudiah untuk mendapat rahmat.

Mengerti hakikat-hakikat sebegini bukan untuk dibanggakan. Bila saja kita berbangga dengan pemahaman kita yang dirasakan tinggi, kita sebenarnya masih tidak tahu apa-apa. Ia seperti orang yang berteduh di bawah bayang. Merasa tenang sedangkan mentari tegak di kepala.
tiada satu pun di dalam kehidupan di dunia ini yang boleh membuat kita bangga. Kita jangan jadi pencuri. Sifat bangga itu milik Allah. Tak pernah pun Allah pinjamkan ia kepada manusia.

-waza-
30-12-2009

Monday, 14 December 2009

APAKAH WANITA ITU JAHAT DALAM SEGALANYA?
Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Dalam buku Nahjul Balaghah karangan Amirul-Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a terdapat suatu keterangan:

"Wanita itu jahat dalam segalanya. Dan yang paling jahat dari dirinya ialah kita tidak dapat terlepas dari padanya."

Apakah arti yang sebenarnya (maksud) dari kalimat tersebut? Apakah hal itu sesuai dengan pandaigan Islam terhadap wanita? Saya mohon penjelasannya. Terima kasih.

Jawapan..

Ada dua hal yang nyata kebenarannya, tetapi harus dijelaskan
iebih dahulu, yaitu:

Pertama, yang menjadi pegangan atau dasar dari masalah-masalah agama ialah firman Allah swt. dan sabda Nabi saw, selain dari dua ini, setiap orang kata-katanya boleh diambil dan ditinggalkan. Maka, Al Qur'an dan As-Sunnah, kedua-duanya adalah sumber yang kuat dan benar.

Kedua, sebagaimana telah diketahui oleh para analis dan cendekiawan Muslim, bahwa semua tulisan yang ada pada buku tersebut di atas (Nahjul Balaghah), baik yang berupa dalil-dalil atau alasan-alasan yang dikemukakan, tidak semuanya tepat. Diantara hal-hal yang ada pada buku itu ialah tidak menggambarkan masa maupun pikiran serta cara d izaman Ali r.a.

Oleh sebab itu, tidak dapat dijadikan dalil dan tidak dapat dianggap benar, karena semua kata-kata dalam buku itu tidakditulis oleh Al-Imam Ali r.a. Didalam penetapan ilmu agama, setiap ucapan atau kata-kata dari seseorang, tidak dapat dibenarkan, kecuali disertai dalil yang shahih dan bersambung, yang bersih dari kekurangan atau aib dan kelemahan kalimatnya.

Maka, kata-kata itu tidak dapat disebut sebagai ucapan Ali r.a. karena tidak bersambung dan tidak mempunyai sanad yang shahih. Sekalipun kata-kata tersebut mempunyai sanad yang shahih, bersambung, riwayatnya adil dan benar, maka wajib ditolak, karena hal itu bertentangan dengan dalil-dalil dan hukum Islam. Alasan ini terpakai di dalam segala hal (kata-kata) atau fatwa, walaupun sanadnya seterang matahari.

Mustahil bagi Al-Imam Ali r.a. mengatakan hal itu, dimana beliau sering membaca ayat-ayat Al-Qur'an, di antaranya adalah:


"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang,
yang kemudian darinya Allah lantas menciptakan istrinya, dari keduanya Allah mengembangbiakkan
laki-laki dan wanita yang banyak ..." (Q.s. An-Nisa': 1)


"Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan firman-Nya): 'Bahwa sesungguhnya Aku tiada mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun wanita,
(karena) sebagian darimu adalah keturunan dari sebagian yang lain ..." (Q.s. Ali Imran: 195).


"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialahDia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Allah menjadikannya diantara kamurasa kasih dan sayang ..." (Q.s. Ar-Ruum: 21).

Masih banyak lagi di antara ayat-ayat suci Al-Qur'an yang mengangkat dan memuji derajat kaum wanita, disamping kaum laki-laki. Sebagaimana Nabi saw. bersabda:

"Termasuk tiga sumber kebahagiaan bagi laki-laki ialah wanita salehat, kediaman yang baik dan
kendaraan yang baik pula." (H.r. Ahmad dengan sanad yang shahih).

"Di dunia ini mengandung kenikmatan, dan sebaik-baik kenikmatan itu adalah wanita yang salehat." (H.r. Imam Muslim, Nasa'i dan Ibnu Majah).

"Barangsiapa yang dikaruniai oleh Allah wanita yang salehat, maka dia telah dibantu dalam
sebahagian agamanya; maka bertakwalah pula kepada Allah dalam sisanya yang sebahagian."

Banyak lagi hadis-hadis dari Nabi saw. yang memuji wanita; maka mustahil bahwa Ali r.a. berkata sebagaimana di atas. Sifat wanita itu berbeda dengan sifat laki-laki dari segi fitrah; kedua-duanya dapat menerima kebaikan, kejahatan, hidayat. kesesatan dan sebagainya.

Mengenai fitnah yang ada pada wanita disamping fitnah yang ada pada harta dan anak-anak, dimana hal itu telah diterangkan di dalam Al-Qur'an dan dianjurkan supaya mereka waspada dan menjaga diri dari fitnah tersebut. Dalam sabda Rasulullah saxv. diterangkan mengenai fitnahnyakaum wanita, yaitu sebagai berikut,

"Setelah aku tiada, tidak ada fitnah yang paling besar gangguannya bagi laki-laki daripada
fitnahnya wanita." (H.r. Bukhari).

Arti dari hadis di atas menunjukkan bahwa wanita itu bukan jahat, tetapi mempunyai pengaruh yang besar bagi manusia, yang dikhawatirkan lupa pada kewajibannya, lupa kepada Allah dan terhadap agama. Selain masalah wanita, Al-Qur'an juga mengingatkan manusia mengenai fitnah yang disebabkan dari harta dan anak-anak.

Allah swt. berfirman dalam Al-Qur'an:

"Sesungguhnya harta-harta dan anak-anakmu adalah fitnah (cobaan bagimu); dan pada sisi Allah-lah
pahala yang besar." (Q.s. At-Taghaabun: 15)


"Hai orang-orang yang beriman!Janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu mengingat kepada Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian' maka mereka termasuk orang-orang yang
merugi." (Q.s. Al-Munaafiquun: 9).

Selain dari itu (wanita, anak-anak dan harta yang dapat mendatangkan fitnah), harta juga sebagai sesuatu yang baik.
Firman Allah swt.:

"Allah menjadikan bagi kamu istri-istri dari jenismu sendiri dan menjadikan bagimu danistri-istrimu itu, anak-anak dan cucu; danmemberimu rezeki dari harta yang baik-baik ..."(Q.s. An-Nahl: 72)

Oleh karena itu, dianjurkannya untuk waspada dari fitnah kaum wanita, fitnah harta dan anak-anak, hal itu bukan berarti kesemuanya bersifat jahat, tetapi demi mencegah timbulnya fitnah yang dapat melalaikan kewajiban-kewajiban yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Allah swt. tidak mungkin menciptakan suatu kejahatan, kemudian dijadikannya sebagai suatu kebutuhan dan keharusan bagi setiap makhluk-Nya.

Makna yang tersirat dari suatu kejahatan itu adalah suatu bagian yang amat sensitif, realitanya menjadi lazim bagi kebaikan secara mutlak. Segala bentuk kebaikan dan kejahatan itu berada di tangan (kekuasaan) Allah swt.

Oleh sebab itu, Allah memberikan bimbingan bagi kaum laki-laki untuk menjaga dirinya dari bahaya dan fitnah yang dapat disebabkan dan mudah dipengaruhi oleh hal-hal
tersebut. Diwajibkanjuga bagi kaum wanita, agar waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang diupayakan oleh musuh-musuh Islam untuk menjadikan kaum wanita sebagai sarana perusak budi pekerti, akhlak yang luhur dan bernilai suci.

Wajib bagi para wanita Muslimat kembali pada kodratnya sebagai wanita yang saleh, wanita hakiki, istri salehat, dan sebagai ibu teladan bagi rumah tangga, agama dan negara.

Friday, 4 December 2009

hikayat paku

Ini tamsilan paku dan seorang anak. Ada sabar, maaf dan toleransi didalamnya. Setiap kali berbuat salah, seorang anak diminta untuk memaku satu pagar. Hari pertama ada belasan pagar yang dia paku. Sesuai jumlah kesalahannya.

Dihukum seperti itu meletihkan. Ia pun menahan diri. Dari hari ke hari jumlah pagar yang dipaku semakin berkurang. Sampai satu ketika ia tak memaku satu pagar pun, karena tak berbuat salah.

Hari hari selanjutnya, ia diajari untuk menahan diri bila ada masalah. Setiap kali dia berjaya menahan diri, satu paku dicabutnya. Ia menemukan nikmatnya menahan diri yang membuatnya terbebas dari persoalan. Semua paku yang pernah dipakunya habis dicabut. Ia benar-benar mampu bersabar.

Tapi tahukah kawan…Meskipun ia telah berlaku baik, pagar itu berlobang karena bekas paku yang diketuk dan dicabutnya. Pagar itu tidak akan bisa seperti semula. Begitu juga dengan menulis dan berkata-kata, duhai kawan. Ia bukan sekadar sesuatu, karena ada hak yang harus kita tunaikan. Bila kata-kata tak diteliti hak-hak dan ketulusannya, maka kita sudah meninggalkan luka pada pihak yang mungkin terasa.

OK katamu, masih ada hari esok untuk membetulkan keadaan. Tapi itu juga bukan ubat, kawan. Karena tak semua orang yang membaca hari ini, akan membaca kembali esoknya. sekiranya kembali, ia tetap takkan sama seperti sebelumnya.

Itu sama saja seperti kita menusuk pisau di punggung orang dan mencabutnya, lalu meminta maaf. Katakanlah ia memaafkan, tapi tetap luka tusukan itu membekas. Luka akibat kata-kata yang tidak dijaga lebih berbahaya dari luka fizikal.

Lebih parah lagi ketika pembaca dan pendengar menganggap cerita itu sebagai “fatwa” yang kukuh, sementara pembetulan sesudah itu sekadar meraikan perasaan serta tidak punya kekuatan untuk benar-benar menghapus “fatwa” pertama tadi.

Jadi, sebagai penulis dan pelontar kata-kata, jangan adili orang lain apa lagi menghukumnya. Tapi adililah diri sendiri secara terbuka, sudah betulkah kata-kata dan tulisan kita? Kalau belum, ingatlah hikayat paku ini.

Edited by-waza

Sunday, 22 November 2009

Perpisahan. Apa yang istimewanya perpisahan ini sampaikan terlalu banyak orang bercakap tentangnya? Di mana lebihnya perpisahan ini sehingga banyak airmata gugur kerananya.

Bukankah pertama kali kita dipertemukan oleh Allah taala kita telah tahu kita akan berpisah?bahkan sebelum bertemu lagi kita sudah tahu.

Siapa orang yang paling kita sayang dan cinta? Senaraikan nama-nama mereka dalam satu folder dalam telefon kita. Kemudian tunggu berapa ketika, nama-nama itu kita sendiri akan padamkan dari telefon kita. Lama kelamaan hati kita tak akan berfikir lagi tentangnya.

Nanti, bila kita kembali seorang,membelek kenangan yang terukir dimana-mana. Di kertas bergaris,kertas berwarna, dan sebagainya. cuba kenangkan akan air mata yang kita tumpahkan dahulu dan ketika ini. Apa kesannya untuk perjalanan hidup kita. Dunia dan akhirat. Sedikit sekali. Mungkin tiada.

Di dunia, air bersifat lembut dan menyenangkan. Bila ia mengena tubuh kita saat kita bangun dari lena dan bersuci ternyata ia melegakan. Tubuh kita jadi segar, hati jadi bersemangat untuk memulakan hidup yang baru.

Di dunia juga, bila kita diuji dengan kesedihan, kita seperti seorang yang terjaga dari tidur. Tubuh kita tak bermaya. Semangat kita pudar. Terkadang airmata menyegarkan kita. Bila kita menangis, kita melepaskan sesuatu yang terpendam tanpa perlu mengadu pada orang ketiga. Walau hakikatnya sentiasa ada pihak yang ketiga yang memerhati dan mengerti.

Ada orang mengambil semangat dari airmata. Ia adalah fitrah dan bukan memalukan.Tidakkah nabi mengalirkan air mata ketika kematian anak, isteri dan bapa saudara baginda?manusia diciptakan lemah dan sentiasa berdosa. Atas dasar ini, ulamak-ulamak sufi hidup dengan air mata.air mata membuat mereka kuat. Air mata mereka mengalir kena pada tempat, tepat pada ayat.

Kita bukan nabi untuk mengaku begitu tabah dan ego untuk tidak menangis. Kita juga bukan ulamak sufi yang sofi dari dosa. Kita hanya pendatang biasa yang lalu lalang di beberapa tempat dan bertemu dengan pelbagai benda. Di setiap tempat akan ada rasa sayang yang kita ukirkan. Pada beberapa benda yang berharga menurut pandangan kita, kita akan tumpahkan cinta padanya.antara benda berharga itu adalah manusia.

Kalau semata-mata urusan dunia, bila kita memberi kita akan kurang. Seperti gelas yang diminum airnya, ia akan menambahkan ruang-ruang kosong. Sebelum kita menumpahkan air mata fikirkan apa urusan kita dengannya. Dunia dan akhirat.

Adakah di akhirat, ia akan kekal dengan sifat airnya yang tenang dan memadamkan. mampukah air mata tadi memadamkan api-api neraka jika ia bukan tumpah untuknya. Air hanya berguna jika disimbah untuk memadamkan api.kadang-kadang,bukan di semua tempat air memadam dan menenangkan. Kadang-kadang air tidak boleh memadamkan bahkan api semakin lahap dan lahab(menjulang). Orang yang terluka dan patah-patah juga tak boleh terkena air.

Syariat memahami. Lalu memberi kelonggaran untuk menggunakan debu sebagai ganti. Dari sudut mana debu itu nampak bersih. apatahlagi membersihkan. Jauh lagi menghembuskan ketenangan.lalu untuk apa?

Soalkan pada diri kita? Siapa kita?untuk apa kita diciptakan? Kalau kita sudah bebal dan tuli untuk memahami soalan sebegini, masukkan jari kita kedalam lautan. Angkat jari dan lihat titisan air yang yang jatuh darinya. Sebanyak itulah perumpamaan ilmu Allah dan ilmu yang diturunkan ke dunia. Dalam titisan itu, berapa banyak yang ada pada kita.

Sepertimana kita tak tahu hakikat debu itu sehingga boleh menggantikan air, kita juga takkan tahu banyak benda. Kita bahkan tak ada kekuatan untuk memahami keperluan diri. Lalu bila Allah sempurnakan sesuatu untuk kita, tak perlu kita membantah.

Mungkin antara hikmahnya, Allah ingin kita jadi seorang hamba yang mengaku hamba. Bila disuruh buat, kita mesti taat. Saat nabi Nuh disuruh membina kapal,nabi Ibrahim disuruh menyembelih anaknya,nabi Muhammad disuruh berhijrah, mereka tak pernah mempersoalkan. Mereka tahu itu urusan Allah.

Perpisahan ini, walau menyedihkan, walau menumpahkan air mata, sama-sama kita berpesan. Jangan sampai kita jadi seperti si jahil yang cuba mempersoal;

“Untuk apa pertemuan, kalau kita ditakdirkan untuk berpisah”

-tanpanama-

p/s-selamat berjuang buat semua ahli bait Rmh Pusaka Nawwar yang telah dan akan pulang. hakim, haadi, hafezudin dan hamal.

Monday, 16 November 2009

hakikat siri 2

bagaimana sepatutnya kita menerima nasihat

Wahai bidadariku yang tercinta,

Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang berat ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti hawa nafsunya.

Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatahlagi bagi orang yang mencari ilmu rasmi(ilmu untuk mendapat gelaran yang rasmi) serta sentiasa sibuk untuk menunjukkkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia.

Kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaanya maka ia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.

Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan I’tikod dan aliran pemikiran ahli falsafah. Subhanallah, alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.
Bukankah ia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian ia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu.

Nanti pada hari kiamat ia akan disoal dengan solan yang lebih berat lagi daripada orang yang tidak mengetahui apa-apa. Seperti apa yang telah disebutkan dalam hadis Rasulullah saw:

اشد النلس عذابا يوم القيامة، عالم لاينفعه الله بعلمه

Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak member manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.

dan diriwayatkan daripada Imam Al-Junaid Al-Baghdadi Qaddasallahu Sirrahu bahawa ada seorang yang telah bermimpi bertemu dengan beliau di waktu tidur selepas kematian beliau.

Lalu orang ini bertanya kepada Al-Imam Junaid dengan berkata,
Apa khabar kamu wahai Abu Al-Qasim(imam Junaid)?lalu imam Junaid menjawab:

Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan juga telah hilang segala ilmu yang batin. Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.

Friday, 13 November 2009

hakikat..

Wahai bidadariku yang tercinta,

engkau telah bertanyakan padaku tentang banyak benda. aku dengan segala kekuranganku ini tak mampu untuk memenuhi kehendak seseorang yang inginkan kepuasan sepertimu. Aku cari beberapa nasihat yang berguna. Lalu yang menurut hematku ,orang yang paling layak untuk menyempurnakannya, paling berharga hikmatnya, adalah penulis nasihat ini.

Ayuhal Walad atau juga bernama Al Risalah Al Waladiah adalah ditulis oleh imam Al-Ghazali r.a. di dalam bahasa Parsi, kemudian kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh sebahagian ulama dan dinamakan dengan nama yang kita sebutkan tadi.

Kitab Ayyuhal Walad ini ditulis sebagai jawapan daripada Imam Ghazali kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang murid(lelaki)yang sangat mencintainya. Dimana di dalam surat itu murid beliau meminta agar Imam Al-Ghazali r.a. sudi menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi dan kandungan surat tersebut telah ada termaktub dalam kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali r.a.

Lalu imam Al-Ghazali dengan murah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya.

Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam al-Ghazali r.a. ini, kita akan mendapati bahawa beliau sangat ikhlas sekali dalam memberikan nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau terserlah kebolehan Imam Al-Ghazali r.a. kita juga dapat melihat kasih sayang Imam Al-Ghazali r.a. terhadap muridnya.

Aku bukan seperti Imam al-ghazali pada ilmunya, pada akhlaknya juga pada imannya. Aku tak mampu untuk mengenal diriku dan hakikat sesuatu benda apatahlagi untuk memperkenalkan ia kepada orang lain. Cumanya, aku sukakan kesempurnaan dan suka kalau orang yang aku sayang memiliki kesempurnaan yang aku ingin.

Kesempurnaan yang sebenarnya tuhan telah hadiahkan kepada kita semua atas nama manusia sewaktu awal penciptaan.. cumanya sekarang, tuhan sembunyikan ia di dunia ini sebagai ujian.

1-Hakikat hidup, cinta, dan amal

عش ما شيئت فإنك ميت
واحبب ما شئت فإنك مفارقه
واعمل ما شئت فإنك مجزي به

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati
Dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya
Dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu

2- Ilmu sahaja belum memberi manfaat akan engkau

Wahai bidadariku yang tercinta,
Ilmu tanpa amal ialah gila dan amal tanpa ilmu pula adalah sia-sia.
Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau daripada perbuatan maksiat, dan belum dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada api neraka.

Dan apabila engkau tidak beramal dengan ilmu yang ada pada dirimu dan engkau tidak membuat pembetulan terhadap segala kesilapan yang engkau lakukan pada masa yang lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat nanti:


”Wahai tuhan kami! kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dulu) maka kembalikan kami ke dunia untuk kami beramal soleh”

Lalu dikatakan kepada engkau:
Wahai si bodoh, kenapa engkau hendak kembali ke sana, sedangkan engkau baru sahaj datang dari sana.


bersambung..