Friday 31 July 2009

tak perlu bertanya



Pada subuh hari, kuberjalan melangkahkan kaki
langkahku terhenti, jantungku terkunci
sebab seorang bidadari tersenyum padaku

separuh jiwaku dipenuhi cinta
separuhnya yang lain disini
bolehkah aku merindui wajah yang yang tak kukenal
yg berbalut dalam jilbab tidak berwarna
juga senyumannya yang menawan
senyuman yang entah kepada siapa ia sebarkan
tapi yang pasti ia merbak setaman

mata ini tidak ingin membuat zina
dan hati pun tidak ingin dikuasai nafsu
tapi selagi bidadari itu menari dikelopak mata
mulut ini takkan berhenti untuk memuja

kupinta seorang teman untuk mengenalinya
tapi langkahku terhenti kembali
dalam diri ini ada duri yang tajam
kalau disentuh ia akan melukakan

dari berdamping dengan kemuncup
baik dia menguncup bersama semalu
pengorbanan ini kunamakan cinta

kepada Ilahi
aku bersyukur dapat berharap untuk sekejap
kerana bila separuh jiwaku dipenuhi cinta
separuhnya lagi dipenuhi rindu
aku nampak besarnya tuhan
dan keindahan yang telah dia tambahkan

-tanpanama-
zagziq 28/7/2009

Friday 24 July 2009

misteri MALU

ini michael..kucing yang jahat tapi disayangi ramai..entahlaa..

aku punya seorang teman. hebat temanku ini, pekertinya sukar untuk dingerti. cara jalannya, cara senyumnya, cara makannya, cara tidurnya, cara cakapnya. semuanya memberi makna. makna pada yang andai diterjemah melalui kata-kata ia kelihatan mudah.tapi andai diukur dengan kemampuan sendiri, kata-kata itu langsung pecah menjadi debu lalu menyatu bersama angin lalu. susah nak ikutlah, maknanye!mungkin pada orang tampak biasa tapi bagiku,

'the beauty is in the eye of the beholder'

satu benda yang paling kukagumi, sifat malunya nya yang cukup tinggi. Malu mengalahkan kucing. mungkin kerna sahabat baiknya adalh si Michael atau boleh jadi kerna kawan rapat dengannya adalah tetikus.agaknya laa.


"dengan dia, hidup ini rasa lebih bermakna. tanpa dia, hidup ini tetap sama"


"Kalau rindu, usah kau tatap wajahku..kau renunglah bintang!kerna bintang kan tetap bersinar walau cahayanya tidak diperlukan"


"ai..kate nak jadi rakan kongsi..time jjual aku sorang!mentang-mentang aku baik!memang rezak ah awok ning!"


"makanlah Tacobi tu..bia kattang sikit.Agok2 ah nak malu pun!"kata teman sebelahnya


"aku sudah cukup tertipu dengan gambar!ada apa dengan gambar..keikhlasan diukur di dalam hati"


Kepada temanku yang misteri, teruskan dengan malumu! sesungguhnya tanda kita diakhir zaman, orang yang pemalu dianggap istimewa kerna mereka satu dalam berjuta. Hakikatnya, malu itu seindah-seindah perhiasan buat manusia.

-tanpanama-















































Monday 20 July 2009

betapa kucinta padamu..

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.


Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

**********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah 'princess iman' seperti Fatimah di zaman moden ini?


Sumber: Mastika, Mei 2006
-tanpanama-

Belajarlah Untuk Berkata 'Kafaa'.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.

Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...

-cerita 1
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita kehilangan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya orang yang tersayang itu kembali kepangkuan kita. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup langsung tiada ketenanagan bahkan tiada semangat untuk hidup. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya sedih? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat pengganti. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau ada pengganti, saya ada peluang untuk terkena sekali lagi. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga saya bahagia dengan apa yang saya ada. saya cukup beruntung dapat ibu macam mak. Walaupun tak mengerti masalah saya, mak tak tanya lebih. Dari dulu lagi mak suruh saya balik dulu macammana pun sebelum buat keputusan. Mak..firasat mak memang betul! Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak bini cantik dan baik, kan?

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang-bayang) akan mengejar kita. jodoh itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki jodoh itu. Kerana tiada jodoh untuk kita tanpa ada izin dariNya.

-cerita2

ada sesetengah wanita suka bermain-main dengan perkataan jodoh. saya baru perasan bila bersembang dengan beberapa orang kawan. Ujarnya dalam seloroh,

"orang perempuan kalau ingin memutuskan hubungan mudah saja nak tahu bukan macam lelaki. kalau dia kata kalau ada jodoh kita adalah tu!kalau tak ada nak buat cammaner.kita kena terimalah dengan redhalah " saya buat-buat tak dengar sahaja tak mahu masuk campur walaupun pada hakikatnya itulah yang saya pernah terima. lalu dia menambah,

"tapi yang masalahnya, cakap kena terima dengan redha tapi apa yang dia buat, apa yang dia usahakan. tak ada apa-apa,dia cakap begitu sebab dia dah ada yang lain tapi tak berani nak berterus-terang."

tiba-tiba tanpa disedari seorang lagi sahabat yang dikira paling cool dengan senyuman manisnya dan tampak bagai tiada masalah langsung mencelah,

"satu lagi jangan lupa kalau perempuan tu tanya awak tak fikir nak cari orang lain ke?saya ni tak layak untuk awak.haa tu tandanya dia nak bagi isyarat kat kita...."

aku terpaku..deruan angin dari sutuh yang agak dingin terus jadi panas menyatu bersama hatiku dan sate yang dibakar pada malam tu. entah macammana malam untuk meraikan kejayaan kerja kami dalam bazar Pahang tiba- tiba jadi parti kesedihan untuk pria-pria yang tertewas. Aku ingat aku ni dah cukup derita tapi kalau dibanding dengan teman-teman, aku dikira tahap biasa cuma aku je yang terlalu bertindak mengikut perasaan. Akhir sekali perbualan kami terhenti bila bicara soal ibu. lelaki tewas ditangan wanita tapi akan kembali kepada wanita untuk menyejukkan hati mereka.ya, ibu yang juga seorang wanita.

MasyaAllah.maha suci Allah menjadikan wanita begitu berharga buat lelaki. itulah lelaki, sejauh manapun perjalanan, sekuat manapun halangan, sebenci manapun dia kepada wanita..mereka tetap kan mengadu pada ibu.

"Ibu mana yang sanggup tengok anak jantan dia bujang sampai ke tua. kekgi dia akan tolong carikanlah. demo tok soh bimbe laa," kata-kata penutup pada malam tu yang sempat kurakam dalam kepala aku yang berserabut ni. aku fikir itu kata-kata dari lelaki yang benar-benar sudah putus asa dengan perempuan. Jelas, gelaran PHD(pakar hal dalaman) ini memang sesuai dengan pengalamannya.huhuhu.mintak-mintaklah kalam ini tidak dibacanya kalau tak mampuslah saya.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup....

edit n copy by,

-tanpanama-

20-7-2009

dish

bila terasa rindu

apa agaknya kabarmu disana
di siniku sedang dibelenggu rindu
beginikah rasa seksa perpisahan
sungguh anehnya hidup berasingan

hati terasa bagai tertinggal di situ
meskipun kubur dah jauh beribu batu
sesaat seperti setahun lamanya
semasa kau tiada, apa yang terdaya

bila terasa rindu kusebut namamu
dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku
bila terasa rindu
kubayang wajahmu dalam angan
dan barulah kuterasa bagai disembuh

oh jauh sekali hidup disini berbeza
beribu kali lagi kuselesa di sana
tak sabar menanti detik kepulangan
namun hingga itu apa yang termampu

terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
sebuah pencarian di sini
tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
bekalan andainya hari sukar..mencabar

bila terasa rindu kusebut namamu
dengan harapan kau kan muncul dalam tidurku
bila terasa rindu
kubayang wajahmu dalam angan
dan barulah kuterasa bagai disembuh

-tanpanama-

Friday 17 July 2009

baharui hidupmu



Bismillahirrahmanirrahim..

Aku terjemahkan tulisan Syeikh Muhammad Al-Ghazali ni manifestasi dari beberapa episod yang datang tenggelam timbul dalam hidupku. Aku dapati kalam2nya dalam buku ‘perbaharui hidup anda’ mampu mencucuk jiwa, lantas mengalirkan darah-darah dosa serta memecahkan nanah-nanah kegelapan yang membengkak menempel dalam kebanyakkan manusia.

katanya…

-Banyak sekali orang yang ingin memulakan langkah baru dalam hidup tetapi dalam menentukan apa permulaan pertama yang patut dibuat, kadang-kadang mereka tersilap. Contohnya, mereka cuba untuk mengelokkan keadaan zahiriah mereka atau berpindah ke tempat yang baru.

-Ada yang menunggu musim-musim atau tarikh-tarikh tertentu seperti hari lahir, tahun baru dan sebagainya. Pada sangkaan mereka, ia jadi perangsang untuk berubah. Musim2 ini jadi sesuatu yang istimewa padahal ia tiada apa-apa sebelumnya. Darinya, ia impikan banyak benda padahal dengannya dia juga telah banyak kecewa. Jelas,ia hanya sekadar tanggapan semata-mata. Permulaan baru dalam hidup sebenarnya terbit tulus dari sanubari sebelum semuanya.

-Kata Waza “musim2 di alam realiti tak sama dengan musim di hati.Musim di hati tak ada perantaraan masa. terkadang hati lebih cepat berubah terkadang lebih lambat, terkadang ia kekal setia merentasi masa.”

-seorang lelaki yang berjaya mendepani dunia dengan cekal dan luas pandangan tidak akan ditundukkan oleh keadaan sekeliling. Boleh jadi suasana buruk tapi dia tidak mendahulukan nafsunya sebaliknya dia mengambil faedah dari persekitaran. Dia gunakan segala peluang yang ada.

-kata Waza beruntunglah orang yang baik lalu berjaya membuat persekitaran buruk tunduk padanya. keberuntungan juga bagi seorang yang buruk lalu persekitaran yang baik jadi guru buatnya”

-Ibarat benih bunga yang ditanam di dasar tanah baja yang busuk, bagaimana mampu ia merempuh serpihan tanah untuk sampai ke permukaan demi mendapatkan sinaran mentari. Tidakkah benih itu telah menukarkan lumpur yang pekat serta air yang kelabu kepada warna-warna yang menyenangkan. Bersama warnanya ia sebarkan semerbak wangian.

-kata Waza “lihatlah hakikat bunga!ia sebaik2 contoh kebersamaan”

-begitulah jua seorang manusia, sekiranya ia memiliki dirinya, ia miliki waktunya, ia memahami makna kebebasan untuk bergerak menjauhi situasi yang dibenci, nescaya ia mampu untuk melaksanakan banyak benda. Ia mampu dalam erti kata lain,tidak perlu terikat dengan unsur-unsur luar untuk mendapatkannya.

-ini kerana, pada diri kita ada kekuatan yang tersembunyi, kemampuan yang tak terpendam, peluang yang telah ditetapkan atau yang telah ditawarkan. maka dengan semua ini, manusia mampu untuk membina kehidupan yang baru…bersambung

-Waza-

13-7-2009


Friday 10 July 2009

sekadar lagu..

gugusan hari-hari indah bersamamu..
@$^^!#@....
Bangkitkan kembali rinduku mengajakmu kesana
Inginku berlari mengejar seribu bayangmu
@$^^!#@....

Tak peduli.. kankuterjah
biarpun kantembus padang dilarang

Tiba2 langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Ingin kumati mereka berkata
“tak perlu kau berlari
mengejar mimpi yang tak pasti
hari ini hanya mimpi
maka biarkan ia datang dihatimu”


Oh teratai bunga indah
Engkaulah pujaan hatiku
Telah lama kau kurindu
Wahai teratai bunga indah

Sungguh cantik paras wajahmu
Sinar matamu bagaikan suria pagi
Setiap insan selalu terpikat
memandangmu teratai bunga indah

Ku tak menyangka wahai teratai kusayang
Bagai taufan datang menghembus dirimu
Engkau pun terkulai dan merunduklah
layu tak berseri lagi..

Oh tolong lindungilah dia
Agarku dapat bersamanya lagi
Kuinginkan teratai kusayang
Berseri seperti semula

-tanpanama-

Saturday 4 July 2009

selamat hari lahir

kepada mereka yang pernah menzalimiku (zalim dengan erti kata tidak adil)
aku maafkan kalian. dengan harapan agar hati ini akan tenang. hanya dengan hati yang tenang dapat buat kita bahagia. kerna bahagia itu sifatnya maknawi juga rohani. ia takkan menghampiri orang yang hatinya dihiasi sakit dan benci.ia dekat dengan orang yang dekat serta jauh pada yang jauh.

kepada mereka yang yang rasa dirinya kurang ketenangan,
mulakan langkah dengan memaafkan orang. kemudian belajar menerima kenyataan. kemudian berhenti menunggu jawapan.kemudian pantas membuat keputusan sebelum ia diputuskan.

sedarlah!punca kita begini sebab kita memberi sambil mengharap. memang tak salah memberi bahkan ia terpuji tapi silapnya kita ingin menerima sebanyak pemberian. padahal pemberian hak kita penerimaan hak orang. hak kita, kita punya suka tapi hak orang..masih terikat dengan harapan.kesimpulan..hidup jangan mengharap dan untuk kali terakhir..selamat hari lahir.

-tanpanama-