Bismillahirrahmanirrahim..
Aku terjemahkan tulisan Syeikh Muhammad Al-Ghazali ni manifestasi dari beberapa episod yang datang tenggelam timbul dalam hidupku. Aku dapati kalam2nya dalam buku ‘perbaharui hidup anda’ mampu mencucuk jiwa, lantas mengalirkan darah-darah dosa serta memecahkan nanah-nanah kegelapan yang membengkak menempel dalam kebanyakkan manusia.
katanya…
-Banyak sekali orang yang ingin memulakan langkah baru dalam hidup tetapi dalam menentukan apa permulaan pertama yang patut dibuat, kadang-kadang mereka tersilap. Contohnya, mereka
-
-Kata Waza “musim2 di alam realiti tak sama dengan musim di hati.Musim di hati tak ada perantaraan masa. terkadang hati lebih cepat berubah terkadang lebih lambat, terkadang ia kekal setia merentasi masa.”
-seorang lelaki yang berjaya mendepani dunia dengan cekal dan luas pandangan tidak akan ditundukkan oleh keadaan sekeliling. Boleh jadi suasana buruk tapi dia tidak mendahulukan nafsunya sebaliknya dia mengambil faedah dari persekitaran. Dia gunakan segala peluang yang ada.
-kata Waza “beruntunglah orang yang baik lalu berjaya membuat persekitaran buruk tunduk padanya. keberuntungan juga bagi seorang yang buruk lalu persekitaran yang baik jadi guru buatnya”
-Ibarat benih bunga yang ditanam di dasar tanah baja yang busuk, bagaimana mampu ia merempuh serpihan tanah untuk sampai ke permukaan demi mendapatkan sinaran mentari. Tidakkah benih itu telah menukarkan lumpur yang pekat serta air yang kelabu kepada warna-warna yang menyenangkan. Bersama warnanya ia sebarkan semerbak wangian.
-kata Waza “lihatlah hakikat bunga!ia sebaik2 contoh kebersamaan”
-begitulah jua seorang manusia, sekiranya ia memiliki dirinya, ia miliki waktunya, ia memahami makna kebebasan untuk bergerak menjauhi situasi yang dibenci, nescaya ia mampu untuk melaksanakan banyak benda. Ia mampu dalam erti kata lain,tidak perlu terikat dengan unsur-unsur luar untuk mendapatkannya.
-ini kerana, pada diri kita ada kekuatan yang tersembunyi, kemampuan yang tak terpendam, peluang yang telah ditetapkan atau yang telah ditawarkan. maka dengan semua ini, manusia mampu untuk membina kehidupan yang baru…bersambung
-Waza-
No comments:
Post a Comment