Monday 4 August 2014

makanan pasar

Dalam Kitab Ta’lim al-Muta’allim ada disebutkan:

 
Diceritakan bahawa Syeikh Muhammad Fadl tidak pernah memakan makanan dari pasar ketika masih belajar. Ayahnya tinggal di dusun dan menghantar makanan setiap Jumaat. Suatu ketika, ayahnya melihat sebuku roti pasar di biliknya. Ayahnya marah dan enggan bercakap dengannya.
Dia memohon maaf seraya berkata, “Aku tidak membelinya dan tidak mahu memakannya, tetapi ia diberikan oleh temanku.” Jawab ayahnya, “Apabila kamu berhati-hati dan warak, nescaya temanmu takkan sembarangan memberikan roti tersebut.”
Ketahuilah, penuntut ilmu yang warak itu, ilmunya lebih bermanfaat. Belajarnya lebih mudah dan faedahnya lebih besar. Antara warak yang paling sempurna adalah mengelakkan diri daripada terlalu kenyang, tidur yang panjang, dan pembicaraan yang tidak bermanfaat. Dia juga perlu mengelakkan diri daripada memakan makanan dari pasar sekiranya mampu. 
Makanan pasar lazimnya lebih dekat kepada najis dan kotoran. Ia jauh daripada zikrullah dan lebih dekat kepada kelalaian. Ini kerana orang fakir telah memandangnya tetapi mereka tidak mampu membelinya lalu berdukacita. Ia akan menghilangkan (sebahagian) keberkatannya.

balik kampung ASAL


Banyak sebab saya balik ke kampung asal. Hari tu, sebab musim buah. mula2 jambu, lepas tu buah pelam, buah stor, rambutan, durian, duku, rambai, sentul, stapi dll. kadang-kadang balik sebab musim cuti sekolah dan raya. Itu hanya alasan. sebab utama saya balik kerana kampung itu tempat asal. kalau ia bukan tempat asal saya takkan balik sebaliknya saya akan pergi atau hanya singgah.

Begitulah lumrah hidup. orang yang berjaya ialah yang kembali kepada asal atau fitrah diri. orang yang hanya mengharapkan suasana yang lebih baik merubah dirinya tidak dikira berjaya sepenuhnya. Ketika pulang ke kampung ada sedara yang mengadu kepanasan dan rimas. jika kita harapkan suasana jadi baik dengan menyediakan aircond di kampung, ia boleh membantu. tetapi membiasakan diri agar terbiasa dengan fitrah hidup yang sebenar itu lebih baik dalam banyak benda.