Kata orang, kita selalunya susah menghargai apa yang ada di
samping. Apabila ia hilang, barulah kita terasa keberadaannya dan betapa ia
sangat penting. Mungkin itu sebabnya kita dianjurkan agar banyak mengembara.
Biar dapat merasai sukarnya hidup di bumi orang lalu dengan sebaik mungkin
nikmat di tempat sendiri kita syukuri.
Imam asy-Syafi’i setelah berumur 40 tahun dia keluar berkelana bersama khadamnya. Apabila ditanya mengapa, ia menjawab, “Untuk mengingatkan diriku bahawa aku seorang pengembara.”
bersarapan chipsmore di dalam fokker..mase ni baru 6.30 pagi
Baru-baru
ini saya berpeluang mengembara ke bumi Nepal. Sebuah negara yang agak mundur
tetapi penuh dengan khazanah budaya, agama dan alam. Apa yang terbayang di otak
saya hanyalah lakaran ‘bumbung dunia’ iaitu banjaran Himalaya serta gunung
Everest. Kisah Raja Zulqarnain dan Yakjuj dan Makjuj yang tercatat di dalam
surah Kahfi ayat 93 membuatkan saya amat teruja untuk datang ke sini.
“Sehingga
apabila dia sampai dia antara dua gunung, dia mendapati di sisinya satu kaum
yang hampir-hampir mereka tidak memahami perkataan. Mereka berkata, "Wahai Zul-Qarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa
melakukan kerosakan di bumi. Setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan
mereka?"
Ada sesetengah pengkaji mendakwa dua gunung yang dimaksudkan
ialah Gunung Chatkal dan Gunung Fergana yang terletak di sekitar kawasan
pergunungan Himalaya, Asia Tengah. Tempat tembok dibina disebut Lembah Fergana
manakala bangsa Yakjuj dan Makjuj ialah bangsa Scythian Asiatik dan Scythian
Eropah yang mendiami kawasan tesebut. (Alexander Adalah Zulqarnain oleh
Muhammad Alexander)
Saya
berpeluang menaiki kapal terbang Fokker ‘Buddha Air’ untuk melihat pemandangan
indah pergunungan Everest dari dekat. Perjalanan tersebut walaupun hanya sejam
tapi benar-benar mengesankan. Subhanallah, gunung-gunung yang sebegini tinggi
dan kukuh mengingatkan saya akan dialog
Allah di dalam surah al-Azhab ayat 33,
"Sesungguhnya kami
telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang, maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan; dan manusia sanggup
memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan jahil."
Terngiang-terngiang juga di telinga saya satu pesan Nabi
yang diajarkan oleh Habib Muhammad as-Saqqaf,...apakah sunnah tersebut? dapatkan majalah Q&A bilangan 19 kisah seterusnya!!haha..
No comments:
Post a Comment