Tuesday, 29 September 2009

Surat Ketika Hujan

Assalamualaikum,

Kepada malam yang sudi mehjadi wasilah kepada ketenanganku, kepada kipas yang sentiasa terpasang;bukan anginmu yang kuingin tapi keindahan bunyimu bila tamat satu pusingan itu yang memberiku ilham.

Kepada teman serumah yang sejak tadi lagi sudah lena, moga ketikan jejariku ini tak mengganggu perjalanan hidup kalian. Nanti pagi, kita pasti akan bertukar alam. Entah, walau duduk serumah, mata ini sering membuat kita tak ramah.

kepada makhluk-makhluk yang kuimpikan pertemuan dengan mereka. aku merancang apa yang telah dirancang. kalau pertemuan kita adalah satu titik dari lembaran ketentuannya, aku bahagia. kalaupun tiada pertemuan pun, aku terima. Sesungguhnya tuhan lebih tahu akan kebahagiaan hambanya.

Aku menulis sesuatu mengikut kehendak hati. hari ini satu benda yang aku terima, manusia perlukan rangsangan. Dengan rangsangan, perjalanan hidup jadi rancak dan berwarna-warni. Ia mungkin datang dalam bentuk nikmat dan dugaan. Segala apa yang menyampaikan kita kepada tuhan, baik atau jahat, tetap adalah rahmat. kita tidak ditakhlifkan terlalu berat, setakat mana yang termampu sekadar itulah ujiannya.

Lihat sahaja pada semilir angin yang bertiup sekarang. Itulah Hawa’ Kharif. Permulaan musim sejuk. Bersama anginnya dikirimkan juga teman bernama damai. Angin ini ditugaskan untuk menghambat kepanasan sedikit demi sedikit sehingga kita tak terasa datangnya Syita’.

Nanti satu masa, akan ada deruan angin yang sangat kuat. Pasir, debu, dan sampah semua menyatu dengan angin ini membentuk suasana yang tidak menyenangkan. Selang beberapa ketika setelah itu, hujan renyai-renyai akan turun. Hujannya tak lama, tapi sudah cukup untuk menenggelamkan beberapa jalan sekaligus mengelap kembali debu-debu yang melekat di dinding dan jendela rumah kita. Kemudian barulah datang musim dingin.

Begitulah lumrah alam yang begitu indah untuk dihayati. Musim sejuk dan musim panas tak datang dan pergi secara mengejut. Ada irama dan seninya. Kita tak pernah tahu di detik mana ia berubah sedar-sedar sudah bertukar musim. Dengan perubahan yang tak terlalu mendadak, tubuh kita sempat bersedia untuk membuat persiapan. Justeru, seolahnya alam juga turut sama menghina manusia-manusia yang tak reti mengikut resam alam!

Seperti juga puasa Ramadhan. Kita diajar berpuasa 2bulan sebelumnya dan menambah 6hari sesudahnya. Manusia kalau menurut turutan sebegini dalam hidup mereka, mereka tentu terpuji. Kalau menentang ketentuan tuhan, mata akan memandangnya tak sempurna, mulut-mulut yang ada takkan mendiam. Kamu zalim! kamu kejam!

Bila sebut pasal hujan, bumi yang gersang ini sekali lagi menunjukkan keajaiban. Bumi Mesir hanya hujan dua kali setahun tetapi tanah-tanahnya subur. Sayur dan buahnya sangat besar dan segar. Sesegar anak-anak gadis mereka. cumanya kalaulah mereka mengerti sedikit adab dan akhlak, tentu lebih mempersonakan. ibarat bunga kembang setaman. mungkin itulah secantik-cantik perumpamaan.

Mana hendak dicari sayur sawi yang tak pahit? Sayur kobis mana yang sebesar kereta sorong? tomato mana yang berharga le 0.75 sen sekilo? kurmanya pula dijual dari muda sampai ke tua. semasa mekar merah dipanggil Balah. bila masak dan basah dipanggil Rutob. bila kering dipanggil tamar. kata pepatah, semakin bernilai sesuatu benda, semakin banyak namanya. Tapi bagi masyarakat kita, banyak nama ke tanpa nama tetap sama sebab semuanya kurma!

Kali terakhir aku berhujan, tahun lepas sewaktu menetap di Gamek. Hujan turun sepanjang pagi, aku yang ditinggal keseorangan di rumah ketika itu gemar sekali termenung di depan jendela. Aku begitu teruja melihat anak-anak arab berkejar-kejar di tengah jalan. Suka benar dengan hujan. Nikmat tuhan yang turun beberapa kali setahun disini, hanya anak kecil yang menghayati.

Entah macammana, beberapa minit kemudian aku berada di atas jalan. Dengan memakai jubah hijau bertopi aku berjalan di tengah jalan seperti tak ada apa yang berlaku. Hakikatnya, aku ingin bersama mereka menikmati hujan. Hati ini sudah terlalu kering dan dingin. Kalau boleh aku ingin buat segala benda yang mampu basahkan hatiku serta hangatkan kembali semua kenangan.

Aku ingin kecil seperti dulu, pulang dari sekolah dengan basah kuyup. Ibu akan menanti di depan pintu dengan wajah penuh bimbang. Bimbang pada anak manja yang selalunya akan demam kalau ditimpa hujan, dan bimbang pada susu-susu getah yang masih cair di dalam tempurung di ladang. pasti sia-sia usaha sepagi jika susu yang belum lagi beku bercampur dengan air hujan.

Masih adakah lagi bantal busukku dulu? Selimut yang carik penuh dengan kesan-kesan gigitan itu entah pada siapa sudah diwariskan. Di rumah besar di kampung sana, tak ramai lagi yang bermukimnya. Semuanya pemastautin sementara. Hari raya, musim buah, musim banjir,musim kahwin, tu sahaja hari perkumpulan.

Hari-hari yang lain, rumah itu kembali sepi. Kesibukan anak-anak yang makin menua tentu membuat ibu dan ayah rindu akan zaman muda. Walaupun seorang sudah pergi dahulu, tentu juga sentiasa mengharap agar sebelas yang lainnya berkumpul bersama.

Kalau diberi seribu nyawa, aku masih tak mampu membalas cintamu,ibu. Kalau diberi sejuta kesulitan, ternyata aku takkan mampu menandingimu,ayah. Engkau lebih dahulu merasai bermacam penderitaan. lalu bila sedikit kesusahan jatuh padaku, engkau segera cepat memahami. Ya Allah, panjangkan sedikit lagi umurku agar sempat aku berjasa pada ayah dan ibu!

Drp,

-Tanpanama-
29-9-2009

6 comments:

Unknown said...

Hariku di sini berlalu dengan pantas. Buat aku tak sempat meneliti memanjakan hati. Namun, tulisan kamu sebagaimana biasa, mempesonakan mindaku, memaksa aku berhenti. Sungguhpun aku tahu, selepas titik terakhir, aku perlu berlari lagi.

Terima kasih, kawan!

Anonymous said...

sini hari koho lambat..habis bende dh buat u mmnuhkan hari2 y kosong. tapi kosong tetap xhabis. slmt bercti la tuh.waza

Anonymous said...

kurmanya pula dijual dari muda sampai ke tua. semasa mekar merah dipanggil Balah. bila masak dan basah dipanggil Rutob.

>>konfius ea:rutob mase meroh op encik tampename?balah mase masok ranum?

indah kalam tak terletak di jari yang menaip,indah akhlaq tak terletak pada rupa tapi indah blog ini terletak pada tuannya abdul wahab.

102-asyir,cairo.

Anonymous said...

entah laa..kkgi lalu gamik kkgio ambe g tanye...

Anonymous said...

ralat- rutob mase merah..balah bru mase lembik..
tanpanama

Anonymous said...

..baca semula pada 4ramadan 2013..tak percaya aku mampu buat satu karangan begini..adui, hilang sudah seni2 ku..

waza