Saturday, 5 September 2009

اجتهادك فيما ضمن لك وتقصيرك فيما طلب منك دليل على انطماس البصيرة منك
"Kerajinanmu untuk mencapai apa-apa yang telah dijamin pasti akan sampai kepadamu, disamping kelalaian terhadap kewajipan-kewajipan yang diamanatkan kepadamu, membuktikan butanya mata hatimu"

Firman Allah,

“berapa banyak binatang yang melata yang tidak samggup membawa rezekinya, Allah yang menjamin rezekinya, juga terhadap kamu dan dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” Al- Ankabut-60

Firman Allah,


“Perintahkan kepada keluargamu supaya sembahyang dan sabarlah dalam melaksanakannya, Kami(Allah) tidak menuntut kamu supaya mencari rezeki, kami (Allah) yang menjamin rezekimu, dan akibat(kemenangan yang terakhir) bagi orang yang bertakwa.” Thaha-132

Kerjakan apa yang menjadi kewajipanmu terhadap Kami dan Kami melengkapi bagimu bahagian Kami. Di sini apa dua;

satu, yang dijamin oleh Allah, maka jangan menuduh(su’u zhon) terhadap Allah. Dua,yang dituntut oleh Allah,maka jangan kau abaikan.

عبدي أطعني في ما أمرتك
ولا تعلمني بما يصلحك

"Hambaku, taatilah semua perintahKu, dan jangan memberitahu kepadaKu apa yang baik bagimu,(atau jangan mengajari kepadaKu apa yang menjadi hajat keperluanmu)."

Dalam sebuah hadith yang maksudnya sedemikian:

Mengapakah orang-orang mengagungkan orang yang kaya, pemboros, dan menghina ahli-ahli ibadat, dan mengikuti tuntutanan Quran hanya yang sesuai dengan hawa nafsu mereka, sedang yang tidak sesuai dengan hawa nafsunya ditinggalkan (diabaikan), padahal yang demikian itu bererti mempercayai sebahagian kitab Allah, dan mengabaikan(kafir) terhadap sebahagian kitab Allah.

Mereka berusaha untuk untuk mencapai apa-apa yang dapat dicapai tanpa usaha iaitu bahagian yang pasti tiba dan ajal yang tertentu, dan rezeki yang menjadi bahagiannya, tetapi tidak berusaha untuk mencapai apa yang tidak dapat dicapai kecuali dengan usaha, iaitu pahala-pahala yang besar dan amal-amal ibadat dan dagangan yang tidak aka rosak.

Ibrahim Al-khawwas berkata:

لا تتكلف ما كفيت
ولا تضيع ما استكفيت
"Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin dan jangan mensia-siakan apa yang diamanahkan kepadamu."

Oleh sebab itu, maka siapa yang berusaha untuk mencapai apa yang sudah dijamin, dan mengabaikan apa yang ditugaskan kepadanya, maka bererti buta mata hatinya kerana sangat sangat bodohnya.

-Hikam Ibnu Athoilah As-Sakandari

No comments: