Wednesday, 2 September 2009

bidadari

Bidadari adalah wanita syurga yang disediakan sebagai ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang taat. Tiada kata seindah bahasa yang dapat menggambarkan kecantikan bidadari.

Kejelitaannya tidak dapat dikiaskan dengan benda-benda di dunia ini. Keharuman tidak ada menyamai wangian yang ada di alam ini. Segala kenikmatan terkumpul didalamnya yang tidak terrlintas di mata dan hati.

“di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-bak lagi cantik-cantik. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah,
maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula jin”
-Ar-Rahman(70-74)

Bidadari salah satu perbendaharaan kenikmatan syurga yang ghaib dan misteri, namun ia wujud serta sentiasa menanti dan merindui para kekasihnya.

Bidadari sebagai isteri yang suci, di sudut matanya penuh keindahan, sebaya umurnya, sangat putih, cantik berseri wajahnya, gadis-gadis remaja, dan sekiranya bidadari ini meludah di samudera nescaya airnya menjadi tawar, kerana tawarnya air ludah bidadari.

Begitulah keistimewaan bidadari yang Allah SWT janjikan bagi insan yang beriman.

dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh, bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya.

Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan di dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan, “inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.” Al-Baqarah-25

Menikmati taman keindahan syurgawi merupakan impian setiap insan, kerana sesungguhnya tiada kenikmatan yang paling bermakna melainkan kenikmatan menghirup kebahagiaan di akhirat nanti. Semoga kita termasuk insan yang diredhai-Nya.

InsyaAllah.

No comments: