Mereka nampak taman ini usang, gersang, kusam dan sepi. Kalau aku bukan pemiliknya, aku tentu seperti kebanyakan orang. Mengukur sesuatu sekali pandang. Ah, ni sekadar taman jiwang!
Ya Allah, darimu aku memohon perlindungan.
Rerama dan kumbang tak ramai yang terbang di taman ini. Kebanyakan yang singgah mengenali aku tapi aku tak mengecam mereka. Mereka tahu taman ini milik aku sebab sebelum mereka melekat di celah daun, bergulung-gulung di balik dahan membentuk kepompong, aku sudah ada berteduh di bawah pepohon.
Mungkin dahulunya kita pernah bertemu dan saling mengenali. Cuma terpisah bila lahir ke dunia. Kasih yang sebenar takkan terpisah walau sekian lama tak ketemu. Darah yang mengalir tanpa dipaksa akan menyerbakkan aroma rindu. Ia tak pernah surut tanpa perlu mendengar suara,merenung potret, atau surat.
Perasaan seorang ibu pada anaknya,abang pada adiknya, itulah kasih. Ia mungkin tak sehebat cinta tapi bagiku ia jauh lebih mulia. Mungkin kalian belum mengerti. Di taman ini, aku berikan kalian kebebasan untuk memberi tafsiran.
Alhamdulillah,kalian semua dah mampu terbang sekarang. Aku kagum dengan sayap kalian. Warna-warni sekali, bunga yang layu tentu kembali segar bila menerima kunjungan. Hati-hati, bunga yang wangi selalunya banyak duri. Kalian jangan jadi kumbang yang kasihan!
Ada yang mesra bertegur sapa, sekuntum senyuman dan sejambak kesyukuran aku hadiahkan. Bagi yang sekadar menumpang lalu, aku alu-alukan kehadiran kalian. Baguslah, kalian dah dewasa. Cepat-cepatlah terbang tinggalkan taman ini. Di sini tak ada bunga untuk dihisap madunya. Tak ada sungai untuk menghilangkan haus.
Cuma ada pohon kayu yang agak rapuh dahannya. Daunnya mudah luruh sampai kadang-kadang menutupi permukaan telaga yang bersebelahan. Telaga ini hanya berpaut pada rimbun-rimbun semak dan pohon senduduk sahaja. Kalau tak, dah lama tebingnya runtuh. Walaupun tak dalam, airnya tak pernah kering.
Hujan yang datang sekali sekala memberi semangat baru kepada pohon kayu, kepada telaga. Taman ini semakin menyantuni resmi seorang perempuan. Menumbuhkan semangat dengan airmata. Ego lelaki juga bisa pecah dan rata dengannya.
Sengaja taman ini aku dirikan di bumi yang kontang tanpa sungai tanpa bunga kerna aku tak ingin gangguan. Sungai yang mengalir laju adalah lambang hati bahagia manakala bunga tak ubah seperti cinta. manusia takkan senang dengan kebahagiaan orang lain. Cinta jika bukan untuk tuhan juga menyusahkan.
Dangau burukku bukan seperti yang kalian lihat dulu. Tiang serinya hampir reput dimakan bubuk. Dinding sebelah dalam penuh bersilang dengan sarang lelabah, dinding luarnya sudah ada tanah-tanah kering yang melekat. Ini tak lain kerja sang tebuan dan kuncu-kuncunya. semut-semut berkepala besar pun sudah berani berbaris-baris di atas lantai.
Semuanya bila sudah mampu berdiri, tinggalkan aku sendiri. Aku biarkan kalian singgah dengan baik tapi kalian mudah lupa, siapa sebenarnya tetamu siapa orang asing.
Dari dulu aku berpesan,banyak kali tapi kalian memandang hebat pada keterbukaan. Mana mahu hidup di dangau burukku dengan kenangan yang tak seberapa. Apatahlagi bila kalian merasa adil bila bermain dengan ungkapan takdir.
Takkan harta sekerat ini hendak dikongsi. Agak-agaklah! Aku bukan kedekut tapi sudah banyak yang aku beri, aku kongsi. Tak cukup dengan pemberian, apa yang suka kalian ambil kalian rebut. Aku belajar untuk redha dengan harap turut dapat keredhaan yang sama. Hakikatnya ,
رضاالناس غاية لا تدرك
“Keredhaan manusia adalah impian yang tak tercapai”
Kita takkan dapat mencapai keredhaan dengan benci atau dendam. Usah dibazirkan nikmat yang ada. Semakin cuba kita bebaskan, semakin sesak yang dirasa. Aku engkau dan orang lain. Kebarangkalian untuk terbang beriringan mungkin tiada. namun sekadar mampu, kita iringkan dengan senyuman atau bermanis muka."انكم لن تسعوا الناس بأموالكم ولكن يسعهم منكم بسط الوجه"
Sesungguhnya kamu takkan dapat melapangkan manusia dengan hartamu tapi mereka boleh lapang dengan bermanis muka
Lagi,Sesungguhnya kamu takkan dapat melapangkan manusia dengan hartamu tapi mereka boleh lapang dengan bermanis muka
“لا تحقرن من المعروف شيئا ولو ان تلقى اخاك بوجه الطليق”
jangan memandang rendah pada sesuatu kebaikan walaupun sekadar berwajah manis ketika bertemu saudaramu
Lagi,jangan memandang rendah pada sesuatu kebaikan walaupun sekadar berwajah manis ketika bertemu saudaramu
ابتسامك في وجه اخيك صدقه
senyumanmu pada saudaramu adalah satu sedekah
Begitu juga hal-hal menggembirakan dan menyakitkan hati manusia. Sekecil-kecil benda boleh menyelesaikan sebesar-besar perkara. Itu bukan benda yang mustahil bagi Allah. Segalanya harus.senyumanmu pada saudaramu adalah satu sedekah
"لا تحقرن صغيرة فان الجبال من الحصى"
Jangan memandang rendah pada benda yang kecil, sesungguhnya gunung itu dari batu –batu kecil
……………///////…………..
Sebenarnya aku menulis pagi ini kerna aku tak boleh tidur. Mata ini tak ingin pejam. Berapa lama lagikah masanya yang aku perlukan untuk gelapkan malam? Biar bayang-bayang rindu tak berani lagi menampakkan diri. Kaki terasa lenguh sekali. Mungkin sebab terlalu banyak dan jauh pengembaraanku malam semalam dan malam sebelumnya.Dua hari berturut-berturut aku bermimpi mengejar bulan. Setiap kali hampir mendapatkannya, bulan bersembunyi di balik beberapa bintang. Dari jauh aku tenung wajahnya, bercahaya tapi tak berseri. Barangkali serinya dicuri oleh bintang-bintang yang menyamping.
Bukan salah bulan bila ia sembunyi, bukan salah bintang bila berdampingan, salahnya si pungguk terbang terlalu cepat. Kononnya ingin sentiasa dekat . Mata bulat dan tajamnya tak pernah nampak kelembutan yang ada pada sinaran manja bulan tapi mempersoalkan kawah-kawah yang menghiasi permukaan. Mulut pula terlalu asyik memuji bintang. Sikit-sikit bintang!
“Tanya sama hati pernahkah merindu? Ingat masa lena, apa mimpimu? masa berjauhan apa nan dikenang? Bila difahamkan itulah sayang..”
“Jikalau tidak kerana sayang, kuntuman kasih (pada tuhan) tak mungkin kembang, andainya jemu mengganti rindu, jambangan kasih(dari tuhan) tentulah layu.. “
Itulah antara bait lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sewaktu memberi penaksiran tentang sayang dan rindu. Aku memurnikan maksudnya. Menurut hematku, mimpi-mimpi sebegini datang kesan dari cinta dan rindu. Aku merindu kepada banyak benda. Aku antara manusia yang sering salah faham apabila berbicara tentang hakikat cinta dan rindu.
Sekalipun cinta telah kuhuraikan
dan kuperjelaskan dengan panjang lebar
Namun bila cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku sudah mampu menghuraikan dengan terang
Namun tanpa lidah ,cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dan kuperjelaskan dengan panjang lebar
Namun bila cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
Meskipun lidahku sudah mampu menghuraikan dengan terang
Namun tanpa lidah ,cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
Jalalaluddin Ar-Rumy sewaktu menyampaikan kuliah kepada pengikutnya sewaktu pengajian di sebuah masjid di daerah Konya (sebuah daerah yang wujud sewaktu pemerintahan Seljuk) tak pernah menujukan cinta untuk manusia.
Segala cinta, kasih, rindu dan harapnya hanya untuk pencipta. Tuhan yang mencipta manusia kemudian menyempurnakannya dengan perasaan. Dari sanalah asalnya sayang. Tujuannya hanya satu, agar kita sentiasa merindu akan pertemuan dengannya.
Kata sebahagian teman, “jangan mendera pembaca dengan bahasa. Bahasa itu digunapakai untuk memudahkan faham.”
Bagiku itulah gunanya balaghah. Ada yang bayan ada yang badi’. Kedua-duanya mengindahkan maksud serta lebih menyampaikan kepada matlub.
Kata-kataku banyak yang dianggap pesimis. Aku bersangka-sangka dengan segala benda. Maulana Jalaludin Rumi juga dianggap begitu oleh sebahagian orang. Entah dimana cacatnya pesimis ini jika ia adalah cermin bagi diri juga penawar bagi kebanyakan hati. Dengan rahmat kasihmu tuhan, di taman yang sepi ini aku ingin mencuba lagi sekali.
-tanpanama-
2-11-2009
No comments:
Post a Comment