Juha baru sahaja
mendapat seorang cahaya mata.
Tetapi masalahnya,
anaknya menangis tidak berhenti-henti.
Pening kepala
isterinya memikirkan cara untuk menghentikan tangisan anaknya.
Isteri Juha bertanya
kepadanya, “Apa yang hendak kita lakukan kepada budak-budak yang suka
menangis?”
Kata Juha, “Jika
seorang budak menangis.. kamu letakkan di depannya kitab ini,” kata jawab
sambil mengunjukkan sebuah kitab kepada isterinya.” Isterinya tercengang.
“Kemudian kamu
belek-beleklah muka suratnya nescaya di akan tidur dengan cepat,” sambung Juha
lagi.
Kata isterinya dengan
nada tidak berpuas hati, “Adakah kamu bergurau denganku, wahai Juha?”
Kata Juha, “Tidak. Ia
memang mujarab. Ini adalah kitab fikah yang aku syarahkan kepada orang ramai di
masjid. Mereka semua tidur selepas aku membelek-beleknya di depan mereka.
Jikalau orang dewasa
boleh tertidur, inikan pula kanak-kanak.”
Moral: Anak-anak yang baru dilahirkan biasanya akan menangis. Itu perkara
normal. Dalam Islam, disunatkan si ayah mengazankan di telinga kanan dan iqamat
di telinga kiri apabila bayi lahir. Apa tujuannya?
Menurut hadis, ada
jin tertentu bernama Ummu Shibyan yang suka mengganggu anak-anak kecil.
Justeru, azan sangat berguna agar dijauhkan daripada gangguan jin dan syaitan. Apa
yang lebih utama lagi, ia satu penyaksian bahawa kalimah tauhid menjadi ilmu
pertama yang didengar oleh si bayi.
Azhan bin Abdul Wahab
contoh anak yang baik, tidur je manjang!
contoh anak yang baik, tidur je manjang!
No comments:
Post a Comment