Isteri Juha sedang sarat hamil. Apabila sambil waktu untuk melahirkan anak, seperti biasa dia memanggil jirannya untuk menguruskan.
Salah seorang daripada jirannya
keluar dan memberitahu, “Wahai Juha, kandungan isterimu ada masalah. Anaknya
tidak mahu keluar? Banyakkanlah berdoa kepada Allah agar dipermudahkan.”
Mendengar sahaja kata-kata itu,
cepat-cepat Juha ke pasar. Dia membeli manisan-manisan yang
banyak dan pelbagai bentuk. Kemudian, dia memberikan kepada
jirannya dan berpesan, “Letakkan manisan ini di sebelah isteriku.”
“Kenapa?” tanya jirannya tadi
kepelikan.
“Aku tahu budak-budak sukakan
manisan. Jika kandungan ini menghidu bau manisan, pasti dia akan keluar dari
perut ibunya dengan cepat.”
Moral: Orang dulu-dulu hebat
kerana banyak amalan dan pantang larangnya. Orang zaman sekarang lain juga
hebat, segala pantang jadi amalannya. Antara amalan yang diajar oleh orang
dulu-dulu untuk memudahkan bersalin
adalah meminum air selusuh, air zamzam, air kelapa, air akar fatimah, minyak
tanak dll.
Bagi para suami, tunjukkanlah
keprihatinan anda dengan mengerti kesusahan mereka walaupun tidak menderitai.
Info: Air selusuh ialah air yang
dibacakan padanya beberapa ayat al-quran, doa dan zikir untuk memudahkan wanita
bersalin. Yang terbaiknya ia dibuat sendiri oleh si suami.
No comments:
Post a Comment