Saya suka menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk pulang ke kampung
halaman sekali-sekala. Memandu kenderaan sendiri adalah pilihan terakhir yang
sentiasa saya cuba elakkan. Bas ekspres walaupun tidaklah terlalu selesa namun
ia sentiasa memberikan pengalaman yang menarik untuk dikongsikan.
Hampir setiap kali musafir, ‘jiran’ kerusi saya adalah berstatus LDR
atau dengan kata lain ‘Long Distance Relationship’. Sama seperti saya. Mereka bekerja di ibu kota
dan pulang ke kampung halaman setiap hujung minggu. Sekilas riak di wajah yang
sayu, saya dapat rasakan bahawa mereka
lakukannya dengan terpaksa.
LDR di Mana-mana
Bagi saya, kenapa perlu memilih untuk ‘terpaksa’ padahal tinggal
berjauhan bukanlah sesuatu yang memalukan. Dunia yang sudah sedia serabut ini,
tak perlu kita tambahkan lagi dengan kata-kata penyesalan yang melemahkan jiwa.
Orang-orang dulu pun selalu berjauhan dengan keluarga. Mereka positif lalu
mencipta satu frasa, “Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-
tinggalkan..”
Nabi SAW juga mengajar para Sahabatnya supaya jangan berfikir yang
negatif dan sebaik-baiknya adalah ‘al-fa’lu (optimis). Para Sahabat
bertanya, “Apa itu al-Fa’lu, wahai Rasulullah?” Jawab Baginda,
“Kata-kata yang baik.”
bergambar dengan peserta dan ulama pondok dari Kedah dan Thailand
Berpisah sementara untuk bahagia yang berpanjangan.
Sirah manusia terawal, Nabi Adam a.s. mungkin boleh dijadikan sebagai
motivasi jika Allah mentakdirkan seseorang itu berjauhan dengan pasangannya.
Dalam Tafsir Ibnu Katsir, ada dinukilkan pandangan Imam as-Suddi yang
mengatakan bahawa ketika diturunkan ke bumi, Nabi Adam a.s. diturunkan di India
manakala Hawa di Jeddah. Mereka hidup berjauhan untuk suatu masa yang lama sehinggalah Allah
mempertemukan mereka semula di Jabal Rahmah, Arafah.
Dikatakan perkataan Jeddah berasal daripada perkataan Jiddah yang bermaksud nenek. Manakala Arafah pula
ada yang menafsirkannya sebagai ‘perkenalan’ iaitu perkenalan dan pertemuan
semula Adam dan Hawa. Hebatnya aura pertemuan, tempat itu menjadi medan perhimpunan anak cucunya saban tahun.
Iman Ibrahim dan Tawakal Siti Hajar
Hakikatnya, para isteri sepatutnya bersyukur ditinggalkan suami dalam
rumah. Cuba bayangkan Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah
padang pasir kering kontang tanpa sebarang
bekalan. Oleh kerana ia perintah Allah, maka Nabi Ibrahim hanya berdoa dan
menyerahkan segala urusannya pada Allah.
"Ya Tuhan
kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di suatu lembah
yang tiada benda yang tumbuh, dekat dengan rumah-Mu
yang suci (dihormati). (Ibrahim 14:
37)
Azab dan Nikmat
Perpisahan itu satu azab
tetapi pertemuan sesudahnya adalah satu nikmat. Seumpama nikmat syurga
yang membuatkan penghuni neraka berasa seperti tidak pernah diseksa. Di sebalik perpisahan
yang sementara ini, banyak perkara yang boleh kita muhasabah bersama.
Boleh
jadi Allah ingin menguji kesetiaan pasangan terhadap pasangannya atau kasih
sayang seorang ayah pada anak-anaknya.Mana tahu, mungkin ini ujian kita selaku
anak yang bergelar suami! Mengikut
hukum fikah, seorang suami tetap perlu mendahulukan ibu bapanya
berbanding orang lain.
Satu muhasabah buat para anak yang bergelar suami di luar sana. Dahulu, ketika
kita (lelaki) masih bujang, jika kita bekerja di Kuala Lumpur misalnya, berapa
kali dalam setahun kita pulang menatap wajah ibu bapa. Rumah besar di kampung sana, tak ramai lagi yang bermukimnya.
Semuanya pemastautin sementara. Hari raya, musim buah, musim banjir,musim
kahwin, yang biasanya menjadi hari bersama keluarga pun belum tentu kita pulang.
Alasannya, kita sibuk, jarak sangat jauh, minyak kereta dan tol mahal dan
lain-lain.
Namun, setelah berkahwin dan duduk
berjauhan..setelah kita semakin sibuk..setelah minyak dan tol juga tidak pernah turun; mampu pula kita pulang setiap minggu untuk menatap wajah isteri
dan anak-anak tersayang.
Doa jika meninggalkan anak dan Isteri.
Menurut Tuan Guru Dr. Harun Din, antara doa yang
baik ketika seorang suami meninggalkan keluarganya ialah;
Pada zaman Sayidina Umar, terdapat seorang lelaki menjulang
anaknya yang masih kecil. Apabila sampai kepada Sayidina Umar dia menyuruh
beliau memegang anak tersebut. Katanya, “Engkau ambillah anak ini. Aku ambilnya dari dalam kubur, ibunya
meninggal tetapi anak ini masih hidup.” Menurutnya lagi, isterinya sarat
mengandung dan dia tinggalkan isterinya di rumah kerana urusan di luar.
Ketika keluar dia telah silap dalam berdoa.katanya:
Ditakdirkan Allah, isterinya meninggal dunia sebelum sempat bersalin dan orang ramai
telah mengebumikan isterinya. Malam harinya, dia pulang ke rumah. Apabila
mendapat berita tersebut, dia bergegas ke kubur dan alangkah terkejutnya
apabila dia melihat kubur isterinya terbuka dan anaknya di situ dalam keadaan
masih bernyawa.
|
# Inilah antara buah-buah nasihat saya
kepada ‘jiran-jiran’ sebelah di dalam bas. Seperti biasa sebelum sempat
menghabiskan kalam, mereka sudah terlena dibuai mimpi.
Abu Azhan al-Habibi
Majalah Anis oktober
No comments:
Post a Comment