Tuesday, 18 December 2012
Sepanjang hidup ini, saya mempunyai beberapa catatan. Satunya, buku kecil berwarna hijau. Pada bahagian luarnya saya tampal sekeping gambar kartun dari Majalah Gila-Gila. Saya gunting dan tampal beberapa huruf yang membentuk satu frasa: Ada Apa Dengan Waza!
saya masih ingat, buku ini saya beli setelah tamat peperiksaan PMR tahun 2001. Ketika itu, saya meminati seorang budak perempuan. sebelum tamat sesi persekolahan, saya berikan buku ini kepadanya.
"Ini diari saya. tulislah nama, tarikh lahir, alamat, hobi dan makanan kegemaran awak di dalamnya, sebagai tanda ingatan." di penghujungnya saya menulis satu prinsip. 'nothing precious than friendship'. Lalu kekallah satu dekad persahabatan itu, tidak melangkaui prinsip frienship yang tak pernah saya maksudkan.
Buku itu sekarang, setelah dua belas tahun masa berlalu, masih tersimpan usang di kampung di celahan rak buku. menjadi tatapan adik-adik dan anak-anak saudara yang pulang sekali sekala. Pantang terjumpa dan terbaca, mereka pasti berkata, "Adakah ini namanya cinta?"
Dua, blog saya yang pertama. namanya Diari Waza. Blog ini dibina ketika di bumi Mesir. bumi yang digelar ardul kinanah atau bumi sumpahan. diari ini sangat bermakna. di dalamnya ada kisah-kisah yang membahagiakan, sebagai pelajar yang dahagakan ilmu dan sebagai anak yang sarat merindu.Tak kurang beberapa kisah sumpahan, sebagai kekasih yang sentiasa cemburu juga sebagai manusia yang tercari-cari hala tuju.
sampai satu ketika, kerana diari itu bersifat terlalu terbuka dan dibaca oleh ramai yang berfikiran tertutup, saya hapuskannya. Sekarang, apabila bergelar seorang editor, timbul secuit penyesalan di jiwa. kalaulah ia masih ada, tentu bisa menjadi buku best seller. Blog ini adalah sebahagian 'kalau' yang saya inginkan.
tiga, blog saya yang kedua. namanya Rahsia Waza. blog ini juga tak lama. saya tenggelamkannya bersama-sama rahsianya. kapal yang tenggelam bersama muatan akan menjadi impian para penyelam. di dasarnya mungkin ada harta atau khazanah yang berharga. tapi pada kapal yang satu ini, muatannya bertaburan di merata-rata. mungkin menjadi sampah lalu membunuh ikan di lautan, mungkin menjadi lumut yang melekat di celah terumbu karang. 'segalanya maybe, wala ubaali!' (saya tak kisah)
empat, blog saya sekarang. Di Mana Bidadari. Blog ini tak dikongsi dengan sesiapa. saya penulis dan pembacanya. kebetulan jika ada pejalan kaki melintas jalan, kereta yang sedang laju akan berhenti dan memandang papan tanda. kadang-kadang mereka akan komen, "jalan ini sangat ganjil bunyinya!"
Banyak kali kaki tersadung akar, hampir-hampir kepala tersembam ke bumi. dengan bantuan tangan ini, kesakitan bisa dikurangkan. tulisan saya kerap juga menyimpang. iman memimpin geraknya.
tahun baru 2013, blog ini tetap akan saya teruskan. hari ini saya berazam untuk menarikan jari ini, dengan tarian yang lebih rancak. dengan irama waza style, juga dengan rentak yang diredhai.Insya-Allah.
-waza-
19/12/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ok,gud..kini ia tidak lagi sunyi!keep it up..semoga sentiasa diberi ilham oleh ALLAH dalam menulis..=)
waza.. boleh x tulis kisah tentang pengorbanan seorang ibu.. harapan menggunung saya sandarkan pada waza
..oo ibu kau disiram bayu pagi..kehangatan terasa kini..dan kesepian..dan aku bagai purnama gerhana..
Post a Comment