Sejarah ternukilnya kitab ini apabila Imam al-Ghazzali menjawab kepada sepucuk surat yang dihantar oleh seorang muridnya. Murid tersebut meminta al-Imam menulis sepucuk surat sebagai satu nasihat khusus kepadanya. Lalu, terhasillah nasihat yang begitu mahal harganya ini.
Q Siapakah Imam al-Ghazzali?
A Nama sebenarnya al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad at-Thusi al-Ghazzali. Seorang faqih dan tokoh pemikir Islam yang mendapat gelaran Hujjatul Islam, Siraj ad-din, Syaraful A’immah dan Zain al-Abidin. Dilahirkan di di Thus, Khurasan pada tahun 450 Hijrah (1059 Masihi).
Ayahnya seorang penenun bulu binatang dan bukan seorang yang alim tetapi sangat mencintai ilmu dan ulama. Sebelum meninggal, beliau dan saudaranya Ahmad dijaga oleh seorang sufi yang soleh. Setelah habis bekalan wang yang ditinggalkan dan tidak mampu menyara mereka lagi, mereka dinasihati supaya menuntut ilmu kerana penuntut ilmu akan diberikan makanan percuma.
Kata al-Imam, “Aku menuntut ilmu (pada awalnya) bukan kerana Allah tetapi ilmu mengubah pandanganku sehingga aku benar-benar menuntut kerana-Nya.”Di situlah bermulanya pengembaraan ilmunya sehingga berjaya menguasai dan mengarang dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau meninggal ketika berumur 55 tahun pada 505 Hijrah (1111 Masihi).
Q Apakah keistimewaan kitab ini?
A Walaupun ia sekadar surat yang mengandungi 25 buah wasiat buat muridnya, namun isi dan kandungannya adalah sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat, sama ada besar mahupun kecil. Ia menyentuh perihal ilmu, nafsu, akhlak dan lain-lain.
Dalam muqaddimah Siraj az-Zulumat, Syarif Mustafa Hanafi menyebut,
"Kitab ini mengajarkan kepada kita bahawa orang yang benar-benar inginkan kesempurnaan dalam hidupnya akan mendatangi seseorang dan meminta nasihat. Mereka tidak hanya menunggu untuk dinasihatkan."Q Adakah ulama yang mensyarahkan dan menterjemahkan kitab ini?
A Kehebatan kitab kecil ini juga membuatkan ramai ulama mensyarahkannya. Antaranya:
1. Ayyuhal Akhi fi Syarhi Ayyuhal Walad karangan Abdur Rahman bin Ahmad bin Umar ar-Rumi al-Hanafi.
2. Siraj az-Zulumat fi Syarhi Ayyuhal Walad karangan al-Imam Muhammad bin Mustafa Abu Said al-Khadimi.
3. Syarh Ayyuhal Walad karangan Hasan bin Abdullah.
4. Minhah as-Somad Syarh Ayyuhal Walad dan lain-lain.
Kitab kecil ini turut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu. Antaranya kitab terjemahan Abu Ali al Banjari an-Nadwi Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam dan Drs. al-Ustaz Pauzi Haji Awang.
P/s: Pernah beli kitab ni dengan harga 50 qurusy(sen). Syarahnya Siraj az-Zulumat dibeli di maktabah depan Masjid Soleh Jaafari. Pernah belajar kitab ni dengan Ustaz Fuad di Hayyu Asyir. Dek keberkatan pengarang juga kebesaran ilmu guru, tak terasa pun kemurahan dan kekecilan kitab ini.
Rindunya zaman musafir. Tak banyak yang berjaya dikutip. Dalam tak banyak itu, dah banyak yang berciciran. Waktu mampu tak mahu. Bila mahu, waktu pula tak mampu.
-waza-
4 comments:
nak buku ni se!
Prof saya, mengajar tassawuf dekat UM.
as, mf boleh tanya ga..? sy ada tugas nih. siapakah nama murid yang mengirim surat ke pada imam al-ghazali tersebut. mohon bantuan n jawabannya ya, ke email abe_nk@ymail.com atau smz k no 081902163517, syukron.
Afwan mau tanya nama murid yang imam ghazali yg meminta sang Imam menyusun kitab ayyuhal walad
Post a Comment