Maha Agung tuhan yang tak pernah leka apatahlagi tidur! Aku terjaga hampir setiap jam. Padahal tidur bagiku adalah makanan. Terjaga sebelum puas samalah seperti berhenti sebelum kenyang. Benarlah sabda nabi yang menyebut setiap orang punya Qorin di kanan dan kiri mereka. merekalah yang mengejut kita tika tidur, juga menjaga ketika jaga.
Bukan mudah untuk aku bangkit di awal pagi ketika fajar kazib begini. Waktu ini berkat doanya. “Ya Allah, cepatlah hantarkan aku pulang!” Entah mengapa, doa itu yang mula-mula terlintas di ingatan.
Pagi tadi, seusai solat terpanggil rasanya untuk berjalan-jalan di Suq Sayyarat. Aku duduk bersila di benteng kecil di situ. Kicauan burung sungguh menyentuh hati. Aku larut bersama zikir burung. ingatkah lagi burung-burung itu padaku? Aku ini pencintamu. Aku merindumu jadi aku datang memerhatimu. Aku tak mendekatimu, bimbang kau kan tersinggung dengan keberadaanku.
Setahun yang lalu, setiap pagi aku berjoging di dataran ini. aku akan terbaring di atas rumput kasar di bawah pohon tak berbuah sana. Di batangnya, maseh ada nama murokkab yang penuh kenangan. sambil tangan memekap kepala, mata memandang langit, aku akan menyimpul awan. Bila panas mentari hinggap menampar pipi, aku akan beredar. Cyber café master tempat persinggahan kedua. Awan-awan indah tadi langsung kujahit menjadi kata-kata.
لقد هَتفتُ في جُنح الليل حَمامة
على فنن وَِهْنا واني لنائم
Aku dikejutkan di tengah malam, oleh seekor merpati
Di dahanan itu ia melagu sayu, sedang aku maseh kelenaan
Di dahanan itu ia melagu sayu, sedang aku maseh kelenaan
كذبتُ وبيتِ الله لو كنت عاشقا
لما سَبقتني بالبكاء الحمائم
Demi tuhan kaabah aku berdusta, kalau benar aku merindu
Mana mungkin tangisan merpati, bisa mendahuluiku
وازْعُم اني هائم ذو صَبابةٍ
لِربي فلا ابكي وتبكي البهائم
Aku menyangka akulah pecinta, yang paling sedih menderita
kepada tuhan aku tak menangis, sedang binatang sentiasa dalam tangisan
لما سَبقتني بالبكاء الحمائم
Demi tuhan kaabah aku berdusta, kalau benar aku merindu
Mana mungkin tangisan merpati, bisa mendahuluiku
وازْعُم اني هائم ذو صَبابةٍ
لِربي فلا ابكي وتبكي البهائم
Aku menyangka akulah pecinta, yang paling sedih menderita
kepada tuhan aku tak menangis, sedang binatang sentiasa dalam tangisan
Syair yang kubacakan tadi adalah syair Qais kepada cintanya Laila. Ada tertulis di dalam kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali Rahimahullah.
kata orang, si gila sering melakukan benda-benda yang pelik. Tapi orang yang sering melakukan benda-benda yang pelik tak semestinya gila. Itulah umum dan khusus mutlak. Gilanya itu boleh jadi beretika dan berkeadaan. Persamaannya, semua orang memandang rendah pada sesuatu yang di luar kebiasaan.
Qais dikatakan gila karena cintanya. Karena cintanya, dia meninggalkan pakaian keindahan kepada compang-camping kerinduan. Tapi dia sedar, cintanya lebih rendah dari cinta seekor merpati pada tuhannya. Ustaz Fuad hafizohullah guru mayaku, ketika mensyarahkan kitab ini bercerita, selepas kematian Qais, seorang lelaki telah bermimpi ketemunya. Lalu ditanya,
“Bagaimana keadaanmu sekarang, Qais?”
“Alhamdulillah, Allah Taala telah mengampunkanku!” lelaki tadi taajub lantas menyambung,
“Bagaimana begitu?bukankah dulu di dunia kau dihina. Kau bahkan mati kerna cinta pada seorang wanita!”
“Ya, tapi tuhan jadikan cintaku sebagai hujjah pada manusia lain. Kalau sesama makhluk aku mampu cinta begitu, maka dengan Allah sepatutnya kamu lebih cinta dan rindu.”
Maka benarlah ayat Quran yang berbunyi,
واالذين امنوا اشد حبا لله
..Dan orang-orang yang beriman lebih tinggi kecintaannya pada Allah
Allah! Allah. Murahnya rahmatmu, ya Robb!
############################################################################
Aku punya seorang teman yang pelik. Dia tak menggunakan handset. Jangan menfsirkan dia itu sebagai aku. Aku tiada handset dan tiada itu berbeda dengan tak menggunakan. Temanku ini seorang yang sentiasa sibuk menolong orang dan tanpa handset pun dia tetap sibuk memanjang. Cuma sekarang sibuknya telah menyusahkan orang berdekatan.
Suatu malam yang suram-kesuraman itu yang membangkitkan semangatnya untuk bercerita- aku memberanikan diri untuk bertanya,
“mengapa tak guna handset, Din(bukan nama sebenar)?
“ntahla..aku tak boleh dengar bunyi message sbenornye. Lebih-lebih lagi bunyi tik-tik message masuk!”
“bakpe pulok gitu? Pelik ngat?”
“Tu ringtone handset aku dulu la, ade kenangan sikit! pantang bunyi message masuk, hati dok tenang lalu. Sokmo duk nanti-nanti,”
“pastu..”
Pastu ape lagi? Mung bahagian korek cerita orang no 1!aku malas doh cakap pasal ni, buleh gila tau x?
“nak gila ape..memang mung gila dah kan. Nebeng sungguh la mung ni! Buat malu lelaki je,huh!.”
“Ahh..mung pun 2x5!”
Pernah satu ketika teman-teman dari muhafazah lain duduk menumpang di rumah kami. Malamnya kami tidur beramai-ramai. Tilam-tilam dihamparkan cantik dengan cik sara (selimut tebal) menanti manja.Ada seorang teman yang menggunakan ringtone message tik tik(handset murah). Sepanjang malam dia berbalas message. Dengan atuk di kampung bilangnya.
Aku perasan kawanku tadi yang taza’za’ hatinya ini tak dapat tidur. Bila aja message berbunyi, berpusing-pusing dia menutup telinga dengan bantal. Tanpa disedari, dia menghilang entah ke mana.setelah Subuh dia muncul dengan mata merah. Ingatkan tahajuud rupa-rupanya melayan facebook..Kalau ditanya dengan siapa, dia tanpa senyum memberi kiasan,
“tak ada sesiapa la, bang! sekadar menjadi pemerhati yang sembunyi.”
Aduh, kesiannyanye! cinta manusia ini bukan sahaja menyempitkan dunia. Bahkan ia menyempitkan pemikiran. Kita tak ingin untuk memandang sejengkal lebih jauh ke depan. Mujurlah, saat-saat terakhir menanti musafir tika hampir berpisah dengan mesir, jwapan datang bagai air menyelak tabir dan menyingkap segala sir.
###########################################################################
Aku jadi teringat sebuah buku yang kubaca di dalam bas semalam. Alhamdulillah, satu-satunya istiqomah yang berfaedah. Ada satu qasidah yang menyebut;
كن رجلا بألف رجل فان لم تستطع فكن رجلا ولا تكن نصف رجل
Jadilah lelaki seperti seribu lelaki, kalau tak mampu jadilah seorang lelaki, tapi jangan jadi separuh lelaki
Ustaz Amru Kholid menambah di dalam bukunya ‘Inni Jaa’ilun Fil Ardi Kholifah’. Ketikamana saidina umar alkhattab mengutuskan Amru ibnu ‘Asr untuk membuka mesir, Amru ibnu ‘Asr telah meminta meminta tentera bantuan seramai 1000 orang.
Akan tetapi saidina Umar hanya mengutus seorang lelaki sahaja yang dipanggil Al-Qo’qo’ (riwayat lain kata dua orang). ‘Amru ibn ‘Asr pelik memohon sekali lagi dan bertanya. Saiduna Umar marah dan berkata,
وألله لصوت القعقاع في المعركة وهو يقول: الله اكبر, خير من الف رجل ارسله اليك
Demi Allah, suara Qo’qo’ di medan perang yang berkata Allahuakbar itu terlebih baik dari seribu lelaki yang diutuskan kepadamu.
Maka ketika tentera Muslimin dikepung oleh tentera Babilion di mesir, Amru ibnu ‘Asr menyuruh al-Qo’qo’ bertindak. Tiada apa yang dilakukannya melainkan setelah solat Subuh dia bangkit dan berteriak,
يا عباد الله, انصر الله ينصركم
wahai hamba-hamba Allah, bantulah Allah, dia akan menolongmu.
Tatkala tentera Rom mendengar tempikan keras itu, mereka menyangka orang islam telah mendapat tentera bantuan yang ramai dan akan menyerang dari segenap ruang. Lantas mereka terus berundur dan kemenangan berpihak pada tentera islam.
Cuba bandingkan kita dengan nabi Ibrahim Alaihissalam ketikamana al-Quran berbicara tentangnya,
ان ابرهيم كان امة
Ulamk tafsir menafsirkannya dengan pahala nabi Ibrahim di sisi tuhannya seperti pahala satu ummat. Maka di hari akhirat amal kebaikan manusia diletakkan di satu neraca dan di neraca yang lain diletakkan pahala nabi Ibrahim Alaihissalam. Ini kerana, baginda telah berdiri teguh sebagai seorang lelaki dan nabi dalam dakwahnya kepada ayah(saudara), kaum,dilempar ke dalam api dan dibuang ke negara yang banyak.
Demikian jugalah dengan hadis nabi SAW saat memuji saidina Abu Bakr dengan mengatakan imannya lebih berat dari iman seluruh manusia.
pesan aku pada diri sendiri dan orang lain. kalau tak malu pada mereka, malulah dengan golongan Hawa. Karena di sana ada wanita yang semangatnya mengatasi 100 lelaki . jangan pula kita tak boleh jadi hanya sebagai seorang lelaki. Alhamdullilah, artikel terakhirku ini berjaya juga aku memuji wanita!
-Waza-
11-3-2010
p/s- akhirnya terpaksa berpisah dengan si putih(Eee pc).
3 comments:
knp nk dijual si putih itu??
penulisan yg bersahaja tp m'beri kesan..menarik..truskan perjuangan!
nk trskn apenye..nk stop dh ni.
owhh...sila jgn berhenti..
Post a Comment