SK Bukit tadok |
Dua jari telunjuk kiri dan kanan mengambil peranannya malam ini. Banyak butang backspace yang ditekan berbanding huruf-huruf yang disusun membentuk perkataan.
Inilah kelemahannya bila terlalu banyak didedahkan dengan penulisan orang ternama. Inilah masalahnya juga bila kita mula menjadikan seseorang sebagai idola. Paling tidak, kita ingin apa yang kita lakukan sama seperti yang mereka ada.
Padahal kita diciptakan berbeza-beza. Dan di balik perbezaan itulah, terselitnya keindahan yang sebenar.
Mujurlah zaman sudah berubah. Kesalahan dalam mengatur perkataan tidak memerlukan kita memadamkannya dengan liquid atau pemadam. Tidak perlu menggumpal kertas kemudian menjadi ahli sihir yang kejam. Aku sumpah kau jadi sampah! Lalu sumpahan tadi melata di mana-mana.
Sekrang lain. Tiada pembaziran sumber alam. Melainkan pembaziran umur, masa dan tenaga sekiranya apa yang kita buat tidak mencambahkan kebaikan.
“Eh, kenapa tulisan kamu buruk sangat? Sudah la kecil, ayat pun pendek-pendek.” tegur seorang sahabat yang buruk juga tulisannya kepadaku.
Pada buruk itu tiada jawapannya. Tulisan yang kecil dan pendek-pendek pula, ada cerita di sebaliknya. Bahkan banyak watak penting dalam hidup ini, berlegar-legar di balik tulisan yang hodoh ini.
Saya pelajar kampungan. Kecil di kampung, membesar di kampung dan insya-Allah jikalau diberikan peluang ingin mati di kampung. Kampung Paloh Nyior.
Sebuah kampung yang kecil. Jikalau menunggang motosikal menjadi ukuran, nescaya jaraknya lebih mudah untuk digambarkan. Apa tidaknya, sebelum sempat menekan gear tiga, signboard kampung sebelah sudah melambai-lambai manja.
Kampung Bukit Tadok. Nama kampung yang berjiran. Kalau tidak kerana sekolah, sudah tentu saya tak mahu meyebut namanya bahkan tak ingin mengiktiraf kewujudannya. Tempat ini membina pelbagai rasa. Ada suka, cinta, marah, benci dan dendam. Berkat lamanya masa, rasa itu diadun menjadi satu. rindu. Betapa hidup ini umpama jeput pisang.Asalnya gandum yang tawar, ditambah garam, pewarna, pisang,daan dibiarkan beberapa ketika, barulah terbentuk rasa yang sebenar. Sedap.
“Karangan itu seperti manusia. Perlu ada kepala perut dan kaki.”
“Baiklah semua, sekarang kita akan menulis karangan. Keluarkan kertas kajang masing-masing,” Guru Bahasa Melayu memberi arahan. Namanya Gu-Bes. Bukan menghina tapi memang mahu dipanggil begitu. Singkatan daripada Guru Besar. Seorang guru tua yang menjadikan kelas Bahasa Melayu seperti kelas sains. Suka membandingkan setiap benda yang diajar dengan alam sekitar. Perbandingannya melampau.
“Eh, jauh terbang..mana kepala, perut dan kaki yang saya suruh buat tadi!” Gu-Bes mendekatiku.
“Saya tak ada kertas cikgu!”
“Dah lama cikgu suruh beli kertas. Ada sape-sape nak pinjamkan kertas untuk kawan kita ni?”
Semua diam. Diam tandanya tak ada. hakikatnya tak mahu.
Tiba-tiba teman yang baik di belakang menghulurkan kertas. Bukan tiba-tiba tetapi seperti biasa. Dan keterbiasaan yang memalukan itu tidak lagi membuat saya teruja.
“Terima kasih.”
Dia tersenyum. Barangkali hati kecilnya berkata, "Kasihmu kuterima!" atau "Ahh, kasihan!"
"Ya Allah, kalau saya ditakdirkan menjadi guru, saya takkan minta kertas daripada pelajar! saya takkan paksa pelajar membeli buku latihan! Saya takkan marah kalau pelajar itu, bajunya tak bergosok!" banyak lagi doa saya ketika itu.
Saya suka menulis tapi saya benci subjek penulisan. Saya benci diterima kasih kerana kasihan. Kasih yang begitu, tak lama. Penghujungnya menyedihkan. Kafaa sudah, teman yang baik sebagai bukti.
Saya benci dipandang-pandang. Bahasa tubuh tidak menipu. 16 pasang mata yang berpaling memandang saya ketika itu pasti terangsang hati mereka untuk mengatakan sesuatu. Cuma bibir sahaja tidak berbicara. Mungkin masing-masing sibuk memikirkan perihal kepala, perut dan kaki.
Kertas kajang perlu dibeli sendiri. Koperasi sekolah menjualnya 10 sen 2 keping. Sayalah juga yang menjaga koperasi sekolah dan menjualnya. Kuncinya saya simpan. Bukan sekadar koperasi, kunci pintu pagar sekolah, kunci perpustakaan, kunci kelas dan kunci makmal sains, saya yang memegangnya. Besar sekali kepercayaan sekolah kepada saya. (dulu tiada penyakit lupa)
“Karangan kamu mesti lebih 80 patah perkataan.Perlu ada satu kepala,perut kena ada empat isi, satu makan pagi, makan, tengahari, makan petang, makan malam. Kalau ada lebih, boleh tambah makan tengah malam. Pastikan ada kaki. Faham semua?” Gu-Bes berfalsafah lagi.
“Pahang..”
Ah, berlakon semuanya.
Tahun 1998, (walaupun ekonomi Malaysia meleset ketika itu) 20 sen sudah tidak tinggi nilainya. Gula-gula ketika itu 3 biji seposen (kecuali gula-gula susu yang ada gambar lembu di kulitnya). Bagi kebanyakan murid yang hanya dibekalkan dengan doa (tak dibekalkan dengan duit belanja), ia tetap merungsingkan.
Kertas kajang yang ada akan dimanfaatkan sepenuhnya. Dalam menghasilkan satu karangan, saya perlu kecilkan tulisan seboleh mungkin. Satu halaman ada 20 baris. Dalam 20 baris ini perlu ada manusia yang sempurna kepala perut dan kaki. Halaman sebelah, akan digunakan semula untuk manusia yang seterusnya.
Apa tujuan saya menulis malam ni? Jauh benar menyimpangnya..saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah saya ambil ilmu daripada mereka… itu sahaja! Terutamanya Gu-Bes.
Kalau Tuhan masih memberi kesempatan waktu insyaallah waktu itu akan menyambung perjuangan waktu sekarang untuk menceritakan waktu-waktu dahulu.
####################################
Saya sudah ketemu banyak guru, tapi tak ramai yang sepertinya. Kesilapan pelajar ditegur dengan motivasi bukan caci maki. Pelajar yang keliru akan ditunjukkan jalan keluar bukannya dihalau keluar.
Saya sendiri pernah menjadi guru. sekolah tadika, sekolah india, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, semuanya saya lakukan dalam tempoh kurang dua tahun. Setiap kali menyuruh pelajar membuat kerja rumah, saya akan sediakan kertas. Saya dahulukan wang sendiri untuk membeli buku latihan bagi pelajar yang tak mampu.
Lazimnya merekalah budak-budak yang paling nakal dan kelas mereka paling hujung. Tetapi, di dalam kelas, saya dapati mereka paling bersungguh melakukan kerja. (biarpun salah) Mereka menghargai apabila dihargai.
Saya pernah ditugaskan untuk menggantikan kelas lukisan. saya tanya guru panatia, "Ada tak sekolah bekalkan kertas lukisan?"
jawabnya, "Ada.. tapi baik tak payah beri. suruh budak-budak bawa sendiri. sebab budak-budak ni, kalau bagi pun tak buat kerja. membazir harta sekolah je!"
"Baiklah!" kata saya seraya melangkah keluar menuju kelas.
Di dalam kelas, ternyata beberapa orang pelajar sahaja yang membawa kertas. masing-masing sibuk bersembang sesama mereka.
"memang macam ni ke setiap kali waktu lukisan?" tanya saya.
"Ye cikgu. budak-budak ni bukan minat pun melukis."
"habis tu, cikgu kelas tak marah ke?"
"dah puas marah. kami pun dah lali dengar."
"baiklah, awak pergi ke koperasi, beli kertas lukisan sorang satu! nah, ambik duit ni!"Saya menghulurkan duit dari poket. pelajar tadi berlari keluar dan masuk semula beberapa minit selepas itu.
"cikgu, duit tak cukup. saya hutang dulu kat koperasi!" kata pelajar tadi.
"Tak apa lah, esok saya bayar balik. saya pun tak bawa duit lebih!" jawabku ringkas.
pelajar tadi dan beberapa pelajar yang berada di situ berubah sedikit wajah mereka. saya faham apa yang mereka fikirkan dan itulah yang cuba saya timbulkan. moga mereka menghargai.
Pelajar-pelajar yang mendapat kertas, masih tidak hairan. masing-masing sibuk bersembang.
"baiklah pelajar semua, setiap orang ambil satu kertas. sekarang saya nak ajar kamu lukisan Abstrak!
Tahu tak apa itu lukisan abstrak?"
"Tak tahu"
"bagus! tak tahu tu sebahagian daripada abstrak la! abstrak ni benda yang kamu tahu tapi orang lain tak tahu! kamu buat la apa-apa pun janji kamu faham. Beritahu perasaan hati atau impian kamu dalam bentuk yang kamu rasa orang lain tak faham. nanti saya akan suruh kamu ke depan dan ceritakan kepada orang lain."
sebahagian pelajar nampak berminat. yang lain tetap sama. bahkan ada yang pelajar yang menconteng-conteng kertas yang saya beri.
"Eh, janganlah conteng kertas yang cikgu beri ni! cikgu guna duit dia sendiri tau!" pelajar tadi menegur kawan sebelahnya.
"ikut suka akulah, cikgu dah bagi kan. bukan luak pun duit cikgu!" dia membalas kasar. Hati kecilku berkata, "tentu dia anak orang kaya."
"Reti bahasa lah sikit. orang beri satu-satu benda tu, hargailah. kalau tak nak buat, pergi hantar balik kertas tu!" pelajar tadi marah. suaranya didengari oleh pelajar yang lain. hasilnya, walaupun suasana kelas seperti pasar ikan, pelajar menyiapkan kerja yang diberikan. contengan mereka mungkin tiada nilai kormesial atau estetika, yang penting ada nilai penghargaan.
Setiap hari, walaupun berada di meja guru di depan, tapi saya selalu bayangkan saya berada di meja kayu kecil sebelah kiri bahagian paling hadapan bersebelahan dengan pintu masuk kelas. Sesekali terimbau kenangan pahit nan indah di sana, " Awak eh, pinjam kertas kajang se!"
-waza-
2 comments:
nice.penceritaan yg bagus,sampai rasa macam ada dalam kelas jugak!
tp knp artikel2 sblm ni dipadam?
xpadam..draff sekejap...syukran awi2
waza
Post a Comment