Tuesday, 3 August 2010

makanlah durian dan duku



Beberapa bulan berlalu. bulan tak banyak,cuma satu. ia takkan berubah menjadi dua.yang berubah adalah warnanya. yang berubah adalah manusia yang keliru akan sinar dan sirnanya.

beberapa bulan yang satu ini, aku maseh cuba membiasakan diri.cuma, kadang2 keliru tak tahu apa yang patut dikejar. cahayanya sungguh menawan. dunia di sini selalu memujinya. bukan sekadar memuji, mereka mengejarnya. harta ,pangkat dan nama. itu tafsiran cahaya mengikut kamus hidup mereka.

aku berdiri di tengah mereka. aku pernah cuba berdiri di depan, aku langsung dihina oleh ilmuku. katanya,

"dunia takkan membawamu ke mana-mana".

aku akur lalu mengundur. sambil menunduk malu, aku mengheret kaki ke belakang. kebaikkan mula bertepuk tangan.mulanya bahagia tapi berubah menjadi suram dan sepi. belakang yang sepatutnya memberi cahaya tiba-tiba gelita. gelap memenuhi ruang sampai aku tak nampak apa-apa. Ahh, aku sudah ketinggalan!

aku teliti kalam Allah. aku halusi pesan nabi. aku tanyai para ulamak.
kata Quran,

"carilah apa yang telah diberikan Allah pada kehidupan akhirat, dan jangan lupa bahagianmu dari dunia."

kata Nabi,

"khoirul umuuri ausaatuha"
sebaik perkara adalah yang pertengahan.

kata ulamak,
"cukuplah dengan kalam Allah dan nabi. sekarang masa untuk beramal."

"manusia sekarang adalah manusia yang banyak mempersoal tapi tak pernah menyediakan bekal"


Ya Allah, kalau aku di batas yang licin, lalu tergelincir. sedang yang dijinjing adalah durian, yang dijunjung adalah duku, teguhkan hati untuk memimpin tangan menjaga duku. walaupun durian sedap, tapi aku tak tahan dengan kepanasannya nanti. duku itu walau tak berbau, tapi jangan pandang ia sebelah mata.

aku lontarkan dunia, kerana aku tahu dunia itu curang. ia tinggalkan kekasih hatinya. dunia itu penipu. ia gambarkan penjara bagai sebuah syurga.

Ya Allah, berkatilah Rejab dan Sya'banku..Sampaikan aku pada Ramadhan. ketemukan aku dengannya dengan rasa penuh rindu! Ameen!

-waza-
3-8-2010
-kebun durian, cempedak dan duku.

p/s- durian itu dunia, duku itu akhirat. makanlah dunia akhirat.

7 comments:

Anonymous said...

blh mkn dua2...=)
durian=berbau
duku=dugha

Anonymous said...

ade satu ayat yg sy lupa dari surah mana yg berbunyi lebih kurang begini,

bilamana seseorang berikrar utk berjuang di jalan Allah, namun kemudiannya dia menjadikan halangan2 dan tentangan manusia sbg azab Allah dan berhenti...

waLLAHu'alam..

mudah2an kita tidak tersimpang dan tidak dibiarkan bersimpang dari jalananNya.

fi amaniLLAH.

p/s: sy peminat blog ni, tp tiap2 kali buka asyik tengok lam thorikil lamahat semedang he :) #asrar#

Anonymous said...

mknlah slgi ade hati..4thun xmkn duku dan durian..aku tak prnah rindu! tpi tokmiah, ishq..4bln aku seksa tanpamu
waza

Anonymous said...

sukenye ade srg pemnt..mum pieer?(dailek hulu).ke nk biar ia trus jadi asrar?

Anonymous said...

loghat teganu n kelantan tade beza sgt kot :)

tamam tamam miyah dah kot asrar pun ^^ tanpanama tetap sama.. kn?

#asrar#

Anonymous said...

teknik mlarikan dri y 1- mmulangkan paku buah keras..quwaes yabni!

Anonymous said...

dok eh. kawe tanyo demo jah samo ko dok ado/tadop namo =D

#asrar#