Friday 14 August 2009

Duhai angin, sampaikan rinduku pada Ramadhan

aku jadi malu
October 8th, 2007 by teratakwaza

Hari ini sudah menyusul 27Ramadhan.Satu perjalanan hidup yang begitu singkat kurasakan.Mengisi ruang-ruang hidup dengan melambai kepada kebaikan yang bertandang sudah jadi satu tabiat buatku di sini.Walaupun hampir sempurna tiga Ramadhan aku mencari,kemanisan berpuasa itu masih tampak janggal untuk hadir berdamping.

kata orang,kemanisan berpuasa tu hadir bila ada kemanisan iman,kemanisan iman datang bila kita berilmu dan ilmu yang terbaik adalah yang disertai dengan amal.Mesti bermula dari bawah jika ingin ke atas,tapi tak semestinya jika bermula dari bawah akan sampai ke atas.kadang2 semakin kebawah.

terasa sangat yang diri ini semakin jauh.pokok-pokok yang dulumya hijau merimbun kini dah tak berdaun.dahan-dahan yang sebelumnya jadi tempat teduhan kini mula ditumbuhi cendawan.terasa tiada lagi tempat bergantung melainkan kembali bertanam jagung.

Tapi,apa kata mereka yang mengukur aku dengan pembaris masa?Apa kata mereka yang memandang aku dengan besarnya kota?takkan diterima lagi alasan-alasan suasana dan persekitaran.sudah tentu ditolak jauh-jauh alsan nafsu dan perasaan.Ahh!lantaklah mereka.sudah kubilang aku tak mampu,aku hanya mampu jadi lilin yang tersipu-sipu bila di tiup angin bukan lampu yang memberi kepanasan di kala udara mendingin.

Pengalaman aku di sini hanya lah pengalaman berjalan.bukan kembara bukan belajar.pelajaran hanya sekali-sekala menumpang lalu di tengah perjalanan,itupun jarang sekali menjadi iktibar kerana aku sifatnya sombong dan tidak sabar.Bila aku berjalan aku lebih gemar memerhati kelibat manusia yang kewujudannya tidak kekal.Jarang sangat ada pengalaman yang boleh kujadikan bekal.Di mana aku lelah di situ aku singgah,persinggahan yang tidak lebih dari duduk dan menanti.Umpama pisau tak bermata perjalanan aku terlalu banyak yang sia-sia.

memang kalau boleh aku ingin jadi seperti inginmu.melangkah tidak melatah,berpaling tidak rungsing,tapi dayaku tiada upaya.akalku tewas dengan yag namanya nafsu,sekali digertak akal membisu memandang dengan lesu.

Lalu,bila aku berbicara denganmu….aku menjadi malu

-waza-
p/s-tahun ni tahun ke-5 puasa di mesir..moga Ramadhan menerima aku sebagai tetamu

3 comments:

kembara™ said...

duhai wahab...sungguh tinggi bahasamu membuat aku kadang-kadang tak tercapai untuk memahaminya...tapi aku tahu disana ada makna-makna yang menggambarkan luahan rasa seorang yang berjiwa seni sepertimu...haha..berbunge2 dah ayat aku hoh...huhu

Anonymous said...

seni hanya untuk orang bujang...sebab seni kurang jujur..
waza

Unknown said...

Jangan disalahkan seni hanya kerana dirimu bujang lagi. Hehe.