Wednesday 5 October 2011


5/10/2011- Bismillahirrahmanirrahim. Hari ini Allah mendetikkan hati untuk menulis. Jiwaku aman tapi maseh tak tenang. Mungkin penghijrahan dari Istana Kota Damansara ke Teratak Aman Puri sebahagian dari alasannya.

Bagi mereka yang menganggap ketenangan itu milik orang yang hidup dalam sebuah rumah yang sunyi dari keriuhan, atau dikelilingi oleh insan-insan yang dicintai, atau memiliki segala apa yang ingin dimiliki; mereka silap. Fahaman mereka tak kurang dari fahamanku justeru jiwa mereka tak mungkin lebih selesa dari apa yang kurasa. Kosong.

Benar, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Hati,tutur,dan akhlak mereka, semuanya membantu dan membina. Kebaikan mereka padaku seperti air sirap ais pada menghilangkan dahaga, umpama air kopi panas pada mengurangkan kantuk mata, ibarat air asam jawa pada melegakan sakit tekak dan selesema.

sirap, kopi, asam jawa, walau dinisbahkan air padanya ia tetap kurang, ia bukan lagi air mutlak. Maseh suci tapi tak bisa menyucikan. Bagi yang tak biasa, untuk memahaminya mungkin memerlukan masa.

Tadi terlepas satu kelas agama. Pelajar menanti dengan harapan. Bila saja aku mendepani mereka, jelas terpampang raut wajah yang hampa,
“kenapa ustaz lewat?lama kami tunggu?sekarang dah habis masa..”

Aku hanya diam. Jauh di hati ada kekesalan tapi jauh lagi di sebalik kekesalan ada sedikit rasa teruja. Pelajar mungkin memandang ringan pada pelajaran tapi setidak-tidaknya pelajar mahu belajar. Lebih utama, pelajar tidak kurang ajar.

Satu kenyataan yang perlu kuterima,pelajar Muslim di sini memang pandai. Pendidikan Islam menurut persepsi mereka, satu subjek yang terlalu mudah untuk berjaya; dari peperiksaan dunia. Lalu tiadalah cenderung lagi hati mereka untuk menggapai bintang yang berselindung di balik awan yang muram.

Cara untuk mengikat hati mereka adalah dengan memecahkan ego yang ada. Buat mereka rasa bodoh. Ajar sesuatu yang baru, ajar sesuatu yang tiada di dalam buku. Justeru mereka terasa pentingnya hidup berguru.

Betapa ramai guru-guru di luar sana yang tak dapat merasai nikmat menjadi seorang pendidik. Masuk ke kelas seperti masuk ke reban itik. silibusnya saya tulis kamu catit, saya bersuara kamu menjerit, sya marah kamu menyampah lalu menyumpah. Akhirnya guru keluar dengan hati yang carik. Masuk dengan tasbih dan zikir keluar merintih dan berfikir,

“Ah, betapa aku sudah serik! Andai yang namanya waktu itu mampu pergi dan kembali, aku akan pastikan apa-apa yang aku usahakan dulu takkan menatijahkan aku menjadi guru!”( versi guru BM)

“saya mintak maaf. Saya telah mencuri masa awak, halalkan masa yang dibazirkan untuk menunggu saya. Hakikatnya, penantian awak jika betul kerana ilmu, ia takkan sia-sia. Penantian awak jika tak diselangi dengan kata-kata yang buruk pasti ada pahalanya. Kesetiaan awak adalah bukti kesabaran juga rupa hati awak yang sebenar. Pembaziran itu boleh bertukar menjadi satu pelaburan. Maka keberuntungan itu milik orang yang setia dalam penantiannya..fasobrun jamiiil!

من سلك طريقا يلتمس فيه علما..سهل الله له طريقا الى الجنة
Brgsiapa memilih satu jalan untuk mencari ilmu
Allah mudahkan baginya, jalan untuk menuju ke syurga

Kelas kedua juga ditakdirkan Allah ada masyaqah. seorang budak merajuk, asalnya berjalan dipaksa duduk. Kerna bising didenda berdiri. Bila disuruh duduk kembali dia tunduk menyepi.Seorang pelajar berkata padaku,

“Ustaz kena pujuk dia!”
“Aik, dia yang nakal,saya pulak yang kena pujuk!”
“Ustaz ni…patutlah tak ada orang nak, tak gentleman langsung”
“memang kena pujuk ke,saya tak pandai,saya buat sakit hati orang pandai la”
“Iyer, kena pujuk. kalau tak dia tak nak belajar dah, saya tak tahu. ustaz kena bertanggungjawab”
"ooo, rajuk pelajar macam tu eh! kalau cikgu?"
'ntah, tak nak mengajar kot?"
"bukan..tapi berhenti mengajar!

Aku menarik nafas panjang-panjang. Kalau mampu, aku ingin hembusannya nanti mengena seluruh tubuh manusia. Biar semuanya tahu tika ini ada seorang guru mewakili semua guru di dunia yang sangat kecewa dengan akhlak pelajarnya . Jika ingin teruskan,banyak benda perlu ada dan tiada. Mungkin sampai satu ketika, aku perlu tunjukkan mereka rajuk yang sebenar.

-tanpanamatetapsama-
4.30 pm at Sri bestari