Monday 20 July 2009

Belajarlah Untuk Berkata 'Kafaa'.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya.

Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang-orang yang beramal soleh...

-cerita 1
Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya takkenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top-top. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal,Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap-cakap di handphonenya di dalam kereta. Dibelakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba-tiba Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh-gocoh dan sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan,datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya.Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...)
"Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa-rupanya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba-tiba Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba-tiba datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal dan memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering
berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya 'just nice'. Mungkin juga kita kehilangan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya orang yang tersayang itu kembali kepangkuan kita. Kan?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagi azab? Bukankah Allah itu Maha Adil?
Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Hidup langsung tiada ketenanagan bahkan tiada semangat untuk hidup. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya sedih? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap-tiap hari berdoa minta saya dapat pengganti. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau ada pengganti, saya ada peluang untuk terkena sekali lagi. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga saya bahagia dengan apa yang saya ada. saya cukup beruntung dapat ibu macam mak. Walaupun tak mengerti masalah saya, mak tak tanya lebih. Dari dulu lagi mak suruh saya balik dulu macammana pun sebelum buat keputusan. Mak..firasat mak memang betul! Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the
other side'. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya.Siapa yang taknak bini cantik dan baik, kan?

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira-ngira rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap-tiap hari. Ini benar-benar terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang-bayang) akan mengejar kita. jodoh itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki jodoh itu. Kerana tiada jodoh untuk kita tanpa ada izin dariNya.

-cerita2

ada sesetengah wanita suka bermain-main dengan perkataan jodoh. saya baru perasan bila bersembang dengan beberapa orang kawan. Ujarnya dalam seloroh,

"orang perempuan kalau ingin memutuskan hubungan mudah saja nak tahu bukan macam lelaki. kalau dia kata kalau ada jodoh kita adalah tu!kalau tak ada nak buat cammaner.kita kena terimalah dengan redhalah " saya buat-buat tak dengar sahaja tak mahu masuk campur walaupun pada hakikatnya itulah yang saya pernah terima. lalu dia menambah,

"tapi yang masalahnya, cakap kena terima dengan redha tapi apa yang dia buat, apa yang dia usahakan. tak ada apa-apa,dia cakap begitu sebab dia dah ada yang lain tapi tak berani nak berterus-terang."

tiba-tiba tanpa disedari seorang lagi sahabat yang dikira paling cool dengan senyuman manisnya dan tampak bagai tiada masalah langsung mencelah,

"satu lagi jangan lupa kalau perempuan tu tanya awak tak fikir nak cari orang lain ke?saya ni tak layak untuk awak.haa tu tandanya dia nak bagi isyarat kat kita...."

aku terpaku..deruan angin dari sutuh yang agak dingin terus jadi panas menyatu bersama hatiku dan sate yang dibakar pada malam tu. entah macammana malam untuk meraikan kejayaan kerja kami dalam bazar Pahang tiba- tiba jadi parti kesedihan untuk pria-pria yang tertewas. Aku ingat aku ni dah cukup derita tapi kalau dibanding dengan teman-teman, aku dikira tahap biasa cuma aku je yang terlalu bertindak mengikut perasaan. Akhir sekali perbualan kami terhenti bila bicara soal ibu. lelaki tewas ditangan wanita tapi akan kembali kepada wanita untuk menyejukkan hati mereka.ya, ibu yang juga seorang wanita.

MasyaAllah.maha suci Allah menjadikan wanita begitu berharga buat lelaki. itulah lelaki, sejauh manapun perjalanan, sekuat manapun halangan, sebenci manapun dia kepada wanita..mereka tetap kan mengadu pada ibu.

"Ibu mana yang sanggup tengok anak jantan dia bujang sampai ke tua. kekgi dia akan tolong carikanlah. demo tok soh bimbe laa," kata-kata penutup pada malam tu yang sempat kurakam dalam kepala aku yang berserabut ni. aku fikir itu kata-kata dari lelaki yang benar-benar sudah putus asa dengan perempuan. Jelas, gelaran PHD(pakar hal dalaman) ini memang sesuai dengan pengalamannya.huhuhu.mintak-mintaklah kalam ini tidak dibacanya kalau tak mampuslah saya.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup....

edit n copy by,

-tanpanama-

20-7-2009

dish

1 comment:

nadiah 'aqilah said...

"orang perempuan kalau ingin memutuskan hubungan mudah saja nak tahu bukan macam lelaki. kalau dia kata kalau ada jodoh kita adalah tu!kalau tak ada nak buat cammaner.kita kena terimalah dengan redhalah"

ada sesetengah lelaki juga suka bermain-main dengan perkataan jodoh..berjanji itu dan ini bagai..kata-kata manis..last2 xde aral,xde angin,xde ribut..kata2 begini terpacul..kata ditambah "bkn ape tak nak bg harapan" ok,fine..hny mengharap padaNYA..by the end of month, tersingkap segala..laa..dh jmp yg lain rpenye..awatla tak terus terangkan...adehhh..
sama je dua2..i'm sick of dat kind of love..huhh..


oppss,sori terlebih emo plak..huhu~